Sunday, 9th August 2020 [ 5:05:36 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Program Penyerahan Permit Sementara Waktu Terhad Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

             tn-permit-sementara-waktu-terhad-3 tn-permit-sementara-waktu-terhad-4

Program Penyerahan Permit Sementara Waktu Terhad Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kepada para penjaja di kawasan ini telah dilaksanakan pada hari ini.

Penyerahan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri TPr Annuar Hj. Musa, Menteri Wilayah Persekutuan. Turut hadir sama adalah YB Dato' Sri Dr. Santhara J.P., Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan; Datuk Hajah Rosida Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan YBhg. Dato' Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

             tn-permit-sementara-waktu-terhad-1 tn-permit-sementara-waktu-terhad-2

Sebanyak 83 surat tawaran permit sementara waktu terhad telah diserahkan kepada para penjaja yang terlibat.

Para penjaja yang berjaya telah diingatkan untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sepanjang pembukaan perniagaan permit sementara waktu terhad ini.

Diharapkan inisiatif ini dapat membantu penjaja menjalankan perniagaan mereka yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan lebih teratur dan terkawal.