Tuesday, 11th August 2020 [ 3:39:58 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

2 anggota Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan DBKL Terima Penghargaan

             2 Penguatkuasa diberi penghargaan 1 2 Penguatkuasa diberi penghargaan 4

2 anggota Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan DBKL hari ini telah menerima ucapan penghargaan dan terima kasih di atas komitmen mereka sewaktu menjalankan tugas penguatkuasaan yang sememangnya penuh dengan cabaran.

Mereka telah menerima ancaman keselamatan dari orang awam yang tidak berpuashati dengan tindakan penguatkuasaan sewaktu menjalankan tanggungjawab di Jalan Tun Sambathan, Brickfields Kuala Lumpur pada Sabtu 4 Julai 2020.

             2 Penguatkuasa diberi penghargaan 2 2 Penguatkuasa diberi penghargaan 3

Tindakan penguatkuasaan lalulintas perlu dikenakan ke atas pemilik kenderaan yang membuat halangan tidak berpatutan sekitar kawasan menerusi rondaaan dan pemantauan harian.

YBhg. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Nor Hisham A Dahlan pagi ini telah berbesarhati menyampaikan sijil penghargaan kepada K/5193 Prabu a/l Thanapal dan A/6196 Mohamad Harmizie bin Zaharudin pagi ini atas khidmat mereka di Bilik Gerakan Jabatan Penguatkuasaan DBKL Jalan Tun Razak.