Tuesday, 11th August 2020 [ 2:39:53 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Peniaga Warga Asing

             MyanmarNiagaHaram2 MyanmarNiagaHaram1

DBKL meneruskan lagi tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga warga asing di sekitar Wangsa Maju pada 7 Julai 2020 (Selasa).

Dengan kekuatan 11 anggota, tindakan menyita 5 gerai yang dikendalikan oleh peniaga warga asing (Mynmar -pemegang kad UNHCR) telah dilaksanakan. Tindakan diambil di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (WPKL) 2016 kerana berniaga tanpa lesen. Peralatan dan barangan yang disita telah dibawa ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras.   

Jika anda mempunyai maklumat mengenai peniaga warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran, sila salurkan ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL yang berhampiran.