Tuesday, 11th August 2020 [ 12:29:38 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Peniaga Warga Asing Tanpa Kebenaran Di Wangsa Maju

             tn-penguatkuasaan-peniaga-asing-2 tn-penguatkuasaan-peniaga-asing-1

DBKL hari ini, 23 Julai 2020 (Khamis) dari jam 9:00 pagi telah meneruskan lagi tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran.

Dengan kekuatan 20 anggota, 3 tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan di kawasan Wangsa Maju.

Tindakan 1:

Car Wash di Jalan 4/27A, Wangsa Maju.

Pemantauan mendapati terdapat 2 car wash dijalankan oleh bukan warga negara (Bangladesh) dan tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL.

Car Wash tersebut telah diambil tindakan sita dan tutup serta merta (sealed) di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Tindakan 2:

Kedai makanan arab di Jalan Meranti.

Pemantauan mendapati kedai tersebut dijalankan oleh bukan warga negara dan telah bertindak melarikan diri. Kedai mempunyai lesen yang sah daripada DBKL tetapi disyaki pemilik telah menyewakan tapak.

Kedai tersebut telah diambil tindakan sita dan tutup serta merta (sealed) di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Tindakan 3:

Gerai goreng pisang di Jalan Meranti

Pemantauan mendapati kedai tersebut dijalankan oleh Warga Indonesia dan mempunyai IC merah. Kedai tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL.

Kedai tersebut telah di ambil tindakan sita di bawah UUK3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai 2016

             tn-penguatkuasaan-peniaga-asing-3 tn-penguatkuasaan-peniaga-asing-4

Sejumlah 3 kes tutup kedai dan 4 sitaan telah dilaksanakan oleh DBKL dalam tindakan pada pagi ini.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai aktiviti perniagaan oleh warga asing, sila salurkan ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.