Selasa, 11 Ogos 2020 [ 12:04:58 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Tindakan Ke Atas Kenderaan Buruk dan Tersadai

             tn-aduan-kereta-tersadai-1 tn-aduan-kereta-tersadai-2

Bagi memastikan bandaraya Kuala Lumpur kekal bersih dan kemas, DBKL pada 28 Julai 2020 (Selasa) meneruskan lagi tindakan menunda kenderaan buruk/tersadai di sekitar bandaraya ini.

Dengan kekuatan 11 orang petugas, tindakan bermula dari jam 8:00 pagi dan berakhir pada jam 5:00 petang. Tindakan adalah hasil daripada aduan awam serta pemantauan oleh DBKL sendiri.

Tindakan yang telah diambil :

1 tindakan angkut kenderaan buruk/tersadai jenis Proton Saga di Jalan Sentul ( Bersebelah Masjid PA Sri Kelantan );

1 tindakan angkut kenderaan buruk/tersadai jenis Proton Iswara di Jalan Hujan Batu 2, Taman OUG, Klang Lama;

1 tindakan tunda kenderaan buruk/tersadai jenis Kia Sportage di Jalan Hujan Abu 2, Taman OUG, Klang Lama;

1 tindakan tunda kenderaan buruk/tersadai jenis Perodua Rusa di Jalan Gempita, Taman Naga Mas, Salak Selatan;

1 tindakan angkut kenderaan buruk/tersadai jenis Proton Waja di Jalan 15/56, AU 3, Keramat;

1 tindakan tunda kenderaan buruk/tersadai jenis Honda City di Jalan 31/26, Persiaran Rejang, Setapak;

1 tindakan tunda kenderaan buruk/tersadai jenis Proton Gen 2 di Jalan Metro 1, Metro Perdana, Kepong;

1 tindakan tunda kenderaan buruk/tersadai jenis Proton Iswara di Jalan Metro Perdana 4, Metro Perdana, Kepong; dan

1 tindakan tunda kenderaan buruk/tersadai jenis Van Mitsubishi di Jalan Metro Perdana Timur 11, Kepong.

             tn-aduan-kereta-tersadai-3 tn-aduan-kereta-tersadai-4

Kesemua 9 buah kenderaan tersebut telah dibawa ke Depoh Simpanan Taman Connaught, Cheras.

Jika anda mempunyai aduan mengenai kenderaan buruk atau tersadai, sila salurkan kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.