Rabu, 12 Ogos 2020 [ 3:16:28 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Piagam Pelanggan

  1. Membaiki kerosakan jalan berlubang berskala kecil (berkeluasan < 100 meter persegi) di dalam Pusat Bandar dalam tempoh 24 jam dari tarikh aduan diterima atau penemuan kerosakan oleh tenaga Jabatan (kecuali kerosakan jalan yang disebabkan oleh paip air / pembentungan yang bocor / rosak).

  2. Membaiki kerosakan jalan berskala besar (berkeluasan > 100 meter persegi) dalam tempoh 1 bulan dari tarikh kontraktor dilantik.

  3. Membaiki kerosakan longkang berskala kecil (panjang < 5 meter) dalam tempoh 3 hari bekerja, dari tarikh aduan diterima atau penemuan kerosakan oleh tenaga Jabatan (kecuali kerosakan longkang yang disebabkan oleh akar pokok / pembinaan struktur haram).

  4. Mengambil tindakan awalan (pembersihan runtuhan dan perlindungan) ke atas runtuhan cerun dalam rezab jalan dalam tempoh 48 jam dari masa maklumat diterima.

  5. Memproses permohonan kebenaran pengorekan jalan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  6. Menjalankan kerja-kerja pembersihan sungai 3 kali seminggu sepanjang 84 km untuk sebanyak 17 batang sungai.

  7. Menjalankan kerja-kerja pemeriksaan berkala untuk parit induk 2 kali setahun.