Cetak

Profil Jabatan

15 September 1969 - Skuad Pemusnah (Demolition Squad) telah ditubuhkan yang dianggotai seramai 1 orang pegawai berpangkat Inspektor dan 8 orang anggota. Skuad ini ditugaskan untuk meroboh setinggan-setinggan yang didirikan di atas tanah kerajaan di Kuala Lumpur.

1970 - Suruhanjaya Ibukota telah melantik seramai 48 orang bekas anggota Polis dan Tentera sebagai Pasukan Penguatkuasa Ibukota. Tugas dan tanggungjawab pasukan ini adalah mengawal pertumbuhan setinggan baru dan aktiviti penjaja tanpa lesen di sekitar ibukota.

1974 - Seiring dengan pengisytiharan naik taraf Kuala Lumpur sebagai bandaraya, Pasukan Penguatkuasa telah di isytiharkan sebagai Pasukan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan diletakkan di bawah Jabatan Urustia. Pasukan ini ditempatkan di Jalan San Peng.

1975 - Atas nasihat Bank Dunia (World Bank), Unit Trafik Warden telah ditubuhkan yang dianggotai seramai 40 orang untuk menguatkuasakan undang-undang di bawah Ordinan Lalulintas Jalan 1958 yang melibatkan kesalahan lalulintas statik dan bergerak.

1976 - Unit Trafik Warden diletakkan dibawah Jabatan Pengurusan Lalulintas.

1978 - Unit Penguatkuasa Perumahan ditubuhkan dengan kekuatan 100 orang anggota dan diletakkan di bawah Kementerian Wilayan Perseketuan dengan dikawal selia oleh Unit Penyelarasan Pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Unit ini bertanggungjawab melaksanakan tindakan keatas setinggan-setinggan.

31 Disember 1981 - Unit Trafik Warden dibubarkan.

1 Januari 1982 - Unit Penguatkuasa Khas yeng terdiri daripada bekas Trafik Warden ditubuhkan untuk menguatkuasakan Undang-undang berhubung kesalahan halangan dan kekotoran ditempat awam dan jalan awam. Unt ini di letakkan di bawah Urustia Bandaraya.

2 Ogos 1982 - Pengambilan Anggota Penguatkuasa Wanita Pertama : Seramai 39 Orang wanita telah dilantik, 19 orang ditugaskan di unit Penguatkuasa Khas sementara 20 orang lagi ditugaskan di Unit Kawalan Penjaja dan Keselamatan.

15 Julai 1983 Unit Penguatkuasa Perumahan, Unit Penguatkuasa Penjaja dan Unit Penguatkuasa Khas telah digabungkan menjadi satu jabatan yang dikenali sebagai Direktorat Penguatkuasaan.

14 Februari 1985 - Pasukan Pancaragam telah ditubuhkan

1 Februari 1989 - Unit Berkuda telah ditubuhkan

1 Februari 1992 - Skuad Penyelamat telah ditubuhkan

15 Mei 2006 - Nama Direktorat Penguatkuasan telah ditukar kepada Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasan.

1 Julai 2011 - Seiring dengan pengstukturan semula organisasi DBKL, nama Jabatan Keselamatan Dan Penguatkuasaan telah ditukarkan kepada Jabatan Penguatkuasaan.

9 Oktober 2013 - Unit Berbasikal ditubuhkan

VISI

Kearah menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandaraya bertaraf dunia melalui penguatkuasaan undang-undang.

 

MISI 

  1. Merancang, menyelaras dan menguatkuasakan undang-undang secara berhemah, berkesan dan berterusan.
  2. Menyelaras dan menggerakkan pegawai dan kakitangan sebagai tenaga kerja yang beretika, berintergriti, berakauntabiliti, berkualiti dan memberikan perkhidmatan yang efisyen, mapan dan berkesan.

 

OBJEKTIF

  1. Memastikan dasar-dasar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dicapai sepenuhnya melalui tindakan penguatkuasaan.
  2. Memacu masyarakat Kuala Lumpur supaya bersikap lebih bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik terhadap kualitI alam sekitar, keselamatan, keselesaan dan keharmonian.
  3. Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan lebih berintegriti melalui tindakanpenguatkuasaan sejajar dengan MISI Jabatan.

 

FUNGSI-FUNGSI JABATAN

    1. Mengawal dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan-kesalahan lalulintas, tempat letak kereta elektronik, penjaga kereta tanpa kebenaran, ingkar menggunakan jejantas dan halangan/pelanggaran isyarat lalulintas.

    2. Mengawal dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan kekotoran di tempat awam, jalan awam, tapak pembinaan dan kawasan perumahan Awam DBKL.

    3. Mengawal dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan halangan di tempat awam dan jalan awam.

    4. Mengawal dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan aktiviti penjajaan iaitu penjaja berlesen, penjaja tanpa lesen, penjaja warga asing dan pembinaan struktur perniagaan tanpa kebenaran.

    5. Mengambil tindakan penguatkuasaan fizikal ke atas kesalahan iklan tanpa kebenaran, premis tidak berlesen, aktiviti tidak berlesen dan melanggar isyarat.

    6. Mengawal dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan vandalisme dan iklan tanpa kebenaran di tempat awam.

    7. Mengawal dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan vandalisme di taman-taman awam, Dataran Merdeka dan perumahan awam DBKL.

    8. Mengambil tindakan penguatkuasaan fizikal terhadap kesalahan perancangan dan pelanggaran syarat kelulusan perintah pembangunan.

    9. Mengambil tindakan penguatkuasaan fizikal terhadap kesalahan kacau ganggu pembinaan terhadap orang awam dan kerja-kerja lebih masa.

    10. Menyediakan bantuan menyelamat semasa bencana dan bertindak sebagai sekretariat kepada bilik gerakan bantuan bencana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

    11. Menyediakan kawalan keselamatan fizikal terhadap harta benda Datuk Bandar Kuala Lumpur.

 

PERWAKILAN KUASA

AKTA

      1. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
      2. Akta Kerajaan Tempatan 1976.
      3. Akta Pengangkutan Jalan 1987.
      4. Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.
      5. Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003.
      6. Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1982.
      7. Akta Duti Hiburan

 

KAEDAH LALULINTAS

      1. Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.
      2. Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan (Saiz, Warna dan Jenis) 1959.
      3. Kaedah-Kaedah Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1993.
      4. Kaedah-Kaedah Pusat Siber dan Kafe Siber (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2012.

 

PERINTAH

      1. Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016

 

PERATURAN

      1. Peraturan-Peraturan Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) (Mengkompaun Kesalahan) 2013.
      2. Peraturan-Peraturan Eksais 1977

 

UNDANG-UNDANG KECIL

      1. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap (Wilayah Persekutuan) 1981.
      2. Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982.
      3. Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992. (
      4. Undang-Undang Kecil Tandas Awam (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1986.
      5. Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1990.
      6. Undang-Undang Kecil Vandalisme (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1991.
      7. Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1997
      8. Undang-Undang Kecil Perumahan Awam (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2000.
      9. Undang-Undang Kecil Pasar Borong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2002.
      10. Undang-Undang Kecil Taman (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2012.
      11. Undang-Undang Kecil Larangan Meludah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1991.
      12. Undang-Undang Kecil Tempat Letak Kereta Persendirian (Wilayah Persekutuan) 1982.
      13. Undang-undang Kecil Kerja Tanah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1988.
      14. Undang-undang Kecil Pelesenan Pasar (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.
      15. Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.
      16. Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.
      17. Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.
      18. UUK Kerjatanah (WPKL) 1988 (P.U. (A) 396/1988).
      19. UUK Bangunan (WPKL) 1985 (P.U. (A) 537/1985).
      20. UUK Jalan, Parit dan Bangunan (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan (WPKL) 1985 (P.U. (A) 525/1985).