Inisiatif MyFood@Wilayah Di PPR Kerinchi

KUALA LUMPUR, 5 Disember 2020 – Keprihatinan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan keadaan semasa penularan wabak Covid-19 diteruskan lagi dengan inisiatif MyFood@Wilayah di PPR Kerinchi pagi ini.
 
Yang Berhormat Tan Sri TPr Annuar Hj. Musa telah turun padang dan menyantuni penduduk yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Bantuan yang diberikan adalah berupa bakul makanan yang terdiri daripada keperluan asas harian bernilai RM50.00 setiap satu.
 
Seramai 10 buah keluarga telah menerima agihan bakul makanan yang disampaikan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan yang turut hadir bersama adalah, YBhg. Datuk Hajah Rosida Jaafar, Ketua Setiausaha KWP, YBhg. Datuk Hj. Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala dan Pegawai – pegawai Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
 
Beliau berharap agar program ini dapat dijalankan dalam jangka masa panjang dan pada masa yang sama mengurangkan beban perbelanjaan golongan miskin bandar.
myfood-wilayah-dis2020-1
myfood-wilayah-dis2020-3
myfood-wilayah-dis2020-2
myfood-wilayah-dis2020-4
Skip to content