Profil Jabatan Audit Dalam
Latar Belakang Jabatan
Jabatan Audit Dalam (JAD) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah diwujudkan dengan rasminya mulai 1 Julai 2011. Jabatan ini diterajui oleh Pengarah (W54) dengan kekuatan seramai 29 orang pegawai dan kakitangan. Pengarah Audit Dalam melapor terus kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Selaras dengan kompleksiti fungsi dan tanggungjawab DBKL, JAD telah dikembangkan kapada lima bahagian iaitu :-
- Bahagian Audit Sektor Perancangan
- Bahagian Audit Sektor Sosio-Ekonomi
- Bahagian Audit Sektor Pengurusan Projek
- Bahagian Audit Sektor Pengurusan
- Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
Kronologi perkembangan Jabatan ini diringkaskan seperti berikut :-
Visi
Menjadi penyumbang utama kearah kecemerlangan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selaras dengan amalan terbaik di samping meningkatkan kompetensi dalam sektor awam.
Misi
Melaksanakan pengauditan secara jujur, amanah dan bebas serta mengemukakan laporan yang seimbang kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur dan pihak Pengurusan Tertinggi kearah meningkatkan akauntabiliti pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Hubungi Kami
- Telefon: 03-2028 2779
- Faks: 03-2698 1232
- Emel: jad[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Tingkat 2, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
OBJEKTIF
Menjalankan auditan berpandukan Rancangan Audit Tahunan bagi memastikan semua aktiviti serta tanggungjawab jabatan-jabatan yang dilaksanakan adalah mengikut peruntukan undang-undang, acara kewangan, peraturan kewangan, prosedur dan pekeliling yang digunapakai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan mengemukakan laporan kepada Datuk Bandar mengenai hasil auditan.
Membantu menjaga imej Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dari segi pengurusan kewangan yang bersih, sempurna dan teratur.
Fungsi-fungsi utama Jabatan Audit Dalam adalah seperti berikut:
- Menentukan samada operasi kewangan diuruskan dengan teratur dan dasar-dasar, undang-undang serta peraturan-peraturan dipatuhi.
- Menentukan kekukuhan, kesempurnaan dan kebolehpercayaan rekod-rekod dalam Sistem Perakaunan dan Sistem Kawalan Dalaman.
- Menilai secara teratur dan sistematik operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan jabatan-jabatan di bawahnya dari segi kesempurnaan, kemampuan, kecekapan dan kekesanan.
- Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki pengurusan kewangan, stok dan sumber-sumber lain demi meningkatkan akauntabiliti.
- Mengemukakan laporan bebas dan berkecuali kepada Datuk Bandar mengenai operasi jabatan-jabatan di bawah DBKL supaya beliau dapat membuat keputusan dengan tepat.
Perkhidmatan Kami
Jabatan Audit Dalam bertanggungjawab bagi menjalankan audit pengurusan kewangan dan audit prestasi. Audit Pengurusan Kewangan merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan samada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan. Audit Prestasi pula merangkumi penilaian terhadap aktiviti sesebuah organisasi untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan.
PIAGAM PELANGGAN
- Menyediakan Rancangan Audit Tahunan sebelum atau pada 31 Januari tahun berkenaan.
- Menyediakan Laporan Pemerhatian Audit dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh Exit Conference diadakan.
- Mengeluarkan Surat Pengurusan bagi Audit Khas kepada Pengurusan Tertinggi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh arahan diterima oleh Pengarah.
- Mengadakan Mesyurat Jawatankuasa Audit (MJKA) Empat (4) kali setahun.
CARTA ORGANISASI