Profil Jabatan Integriti
Latar Belakang Jabatan
Unit Integriti pada asalnya merupakan salah satu daripada fungsi Jabatan Pengurusan Sumber Manusia yang menguruskan isu integriti dan tatatertib pegawai dan kakitangan DBKL.
Namun begitu, selaras dengan keputusan kerajaan Jabatan Integriti DBKL ditubuhkan pada 1 Ogos 2015 dan diletakkan di bawah seliaan Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur. Ini bertujuan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di peringkat DBKL.
Jabatan ini bertanggungjawab memantau pematuhan undang-undang, dasar dan garis panduan berkaitan pengurusan disiplin pegawai dan kakitangan bagi mengukuhkan integriti DBKL. Di samping itu, Pegawai Jabatan ini bertanggungjawab menjalankan tindakan risikan dan siasatan terhadap aduan salah laku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai dan kakitangan DBKL.
Visi
Melahirkan warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang berintegriti tinggi menjelang tahun 2020.
Misi
Melaksanakan fungsi Pengurusan Integriti dengan tadbir urus yang berkesan berasaskan pelaksanaan amalan pengurusan terbaik.
Hubungi Kami
- Telefon: 03-2028 2464
- Faks: 03-2604 0579
- Emel: jit[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Tingkat 6, Menara DBKL 2 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
- Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di organisasi
- Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi
- Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa
- Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil
- Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab
- Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi
- Melaksanakan fungsi urusetia Lembaga Tatatertib.
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan semua aduan salah laku pegawai dan kakitangan direkodkan di borang aduan dalam tempoh tiga (3 ) hari bekerja.
- Mengemukakan surat pemakluman keputusan lembaga tatatertib bebas dan rayuan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh prosiding.
- Mengeluarkan surat jemputan kursus pengukuhan integriti dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Memastikan hebahan pendekatan integriti bagi pemahaman dan penghayatan nilai kepada warga DBKL.