Profil Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Dan Sukan
Latar Belakang Jabatan
Jabatan ini pada asalnya dikenali sebagai Bahagian Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan yang terletak di bawah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Kemudahan Sosial. Pada 1 April 2003 ia telah dinaiktaraf sebagai sebuah jabatan yang tersendiri dan dikenali sebagai Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Dan Sukan.
Pada 1 Julai 2011, jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan.
Selaras dengan penjenamaan jabatan, mulai tahun 2018, Jabatan ini di strukturkan kepada 3 bahagian yang utama iaitu :-
- Bahagian Persembahan & Pengurusan Acara
- Bahagian Pengurusan Kemudahan & Pentadbiran
- Biro Pelancongan
Bahagian Persembahan & Pengurusan acara dibahagikan kepada 3 unit iaitu;
- Unit Kebudayaan
- Unit Muzik
- Unit Pengurusan Acara & Promosi
Bahagian Pengurusan Kemudahan & Pentadbiran dibahagikan kepada 2 unit iaitu;
- Unit Pentadbiran dan Kewangan
- Unit Kemudahan Sukan
Visi
Membentuk warga kota yang aktif, sihat dan kreatif serta meningkatkan bilangan kehadiran pelancong ke Kuala Lumpur melalui aktiviti-aktiviti kebudayaan, kesenian, pelancongan dan sukan.
Misi
1) Menyediakan fasiliti yang mesra rakyat.
2) Mengadakan program kebudayaan, kesenian dan sukan serta menyediakan produk pelancongan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak warga kota dan pelancong.
Hubungi Kami
- Telefon: 03-2617 6280 / 2617 6309
- Faks: 03-2698 3820 / 2694 1393
- Emel: jkks[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Tingkat 14-15, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.
OBJEKTIF
- Memupuk dan memperkembangkan warisan seni negara melalui nyanyian, muzik tradisional, muzik orkestra, tarian, teater dan sebagainya.
- Menyedia, menyelaras dan mengurus kemudahan sukan dan rekreasi yang berkualiti kepada wargakota Kuala Lumpur.
- Mempertingkatkan kesedaran dan penglibatan wargakota Kuala Lumpur dalam kegiatan sukan dan rekreasi ke arah mengamalkan gaya hidup sihat.
- Memberi kerjasama kepada institusi belia dan sukan, persatuan, NGO di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
- Bekerjasama dengan semua pihak bagi menjayakan program dan aktiviti berkaitan kebudayaan, kesenian, pelancongan, sukan dan rekreasi.
- Mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan menarik.
FUNGSI
- Menyediakan dan mengurus fasiliti yang berkualiti dan mesra rakyat.
- Mempelbagaikan produk kebudayaan, kesenian, pelancongan dan sukan yang berkualiti bagi menyemarakkan suasana kehidupan yang sihat dan kondusif di Kuala Lumpur.
- Memberi kerjasama dengan pihak berkepentingan (NGO, badan kerajaan, swasta) bagi menjayakan program dan aktiviti berkaitan kebudayaan, kesenian, pelancongan, sukan dan rekreasi.
Kuala Lumpur International Radio Control Circuit (KLIRCC)
Alamat | : | Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur |
Tarikh Mula Beroperasi | : | 16 Februari 2015 |
Penyelia | : | Azman bin Hj. Kamarudin |
No. Telefon | : | 0129066112 |
Penolong Penyelia | : | Irwan Razman bin Harun |
No. Telefon | : | 017 – 3266560 |
Harga Tiket
HARI | HARGA |
Isnin hingga Jumaat | RM10.00 setiap sesi |
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum | RM20.00 setiap sesi |
Sesi Penggunaan Litar
SESI | MASA |
Sesi Pagi | 9.00 pagi hingga 12.00 petang |
Sesi Petang | 3.00 petang hingga 6.00 petang |
Catatan : ‘Air-Compressor’ & pam ‘water-jet’ untuk mencuci kereta ‘ Radio Control’ ditutup pada jam 7.00 petang setiap hari.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap permohonan penganjuran program diberi maklum balas awal dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh unit terima permohonan.
- Permohonan penggunaan fasiliti jabatan oleh Agensi/ NGO/ Persatuan diberi maklum balas keputusan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Permohonan perkhidmatan persembahan Kumpulan Kesenian DBKL / Orkestra DBKL oleh Agensi Kerajaan / NGO / Persatuan diberi maklum balas keputusan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Mengeluarkan permit artis jalanan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas selesai menghadiri bengkel.
- Aduan pelanggan diberi maklumbalas akuan penerimaan dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Proses pembayaran kepada kontraktor perkhidmatan dan pembekal dilaksanakan dalam tempoh 7 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap diterima di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Jabatan sebelum dihantar kepada pihak Bendahari Bandaraya.
- Proses tuntutan wang cagaran penggunaan fasiliti jabatan kepada pelanggan dilaksanakan dalam tempoh 7 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap diterima.
CARTA ORGANISASI