Profil Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar
Latar Belakang Jabatan
Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar bertanggungjawab untuk memantau tahap kesihatan warga kota selain turut berusaha mempertingkatkan mutu kesihatan warganya. Di samping itu jabatan ini juga turut bertanggungjawab dalam menyelesaikan aduan berkaitan kecemasan.
Visi
Bersatu tenaga bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cemerlang.
Misi
Ke arah menjadikan bandar raya Kuala Lumpur sihat dan sejahtera.
Hubungi Kami
- Telefon: 03-2109 2100
- Faks: 03-2109 9260
- Emel: jkas[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Jalan 3/91A, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur
Perkhidmatan Kami
Piagam Pelanggan
Carta Organisasi
Direktori
Objektif Umum
Untuk mengawasi dan meningkatkan taraf kesihatan warga kota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Objektif Khusus
- Untuk meningkatkan taraf kesihatan individu.
- Untuk melindungi dan meningkatkan mutu alam sekitar dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Untuk mengawal dan meningkatkan mutu makanan yang disediakan untuk makanan orang ramai.
- Untuk mencegah dan mengawal penyakit-penyakit berjangkit.
- Untuk meningkatkan taraf kesihatan orang awam melalui promosi dan pendidikan kesihatan.
Fungsi
- Mengawas dan mengawal sanitasi dan hygiene premis makanan serta tempat awam.
- Memantau dan mengawal kualiti makanan dan minuman melalui pemeriksaan makanan.
- Mengawas dan kawalan industri, tred dan aktiviti domestik yang mempunyai kesan kepada alam sekitar.
- Mengawal penyakit-penyakit berjangkit.
- Mengawas dan mengawal penyakit bawaan vektor dan pest (melalui kawalan denggi dan malaria) serta aktiviti kawalan pest.
- Pemeriksaan mayat untuk tujuan pengeluaran permit pengkebumian dan sijil kematian.
- Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan untuk orang awam.
- Menyediakan perkhidmatan imunisasi untuk pengendali makanan dan pengembara antarabangsa.
- Menyediakan rawatan pesakit luar untuk kakitangan DBKL serta keluarga.
- Membantu Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) memantau kerja-kerja pembersihan dan kutipan sampah yang dilaksanakan oleh Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd (AFSB) melalui pengeluaran ‘Notis Pemberitahuan’ (NP) dan ‘Notis Menjalankan Kerja’ (NMK).
- Mengendalikan program 3K (Bukit Bintang, Jalan Petaling dan Chow Kit).
- Bantuan kecemasan yang beroperasi 24 jam setiap hari seperti menangkap ular, memusnahkan sarang tebuan/lebah, mengalihkan pokok tumbang yang menghalang jalanraya, membersihkan tumpahan minyak di atas jalanraya dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
- Menguruskan Tanah Perkuburan Islam di Jalan Ampang dan Cheras Baru.
- Menguruskan Krematorium (pembakaran mayat) dan Tanah Perkuburan Kristian di Cheras Baru.
- Memproses sebahagian permohonan pelan sistem rumah sampah sebelum penswastaan penuh pada 1 September 2011 dan menerima permohonan kutipan sampah, sapuan jalan, cucian longkang dan potong rumput untuk diserahkan kepada pihak PPSPPA.
Bahagian Alam Sekitar (Unit Kawalan Pembersihan Bandar)
- Membantu Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) memantau kerja-kerja pembersihan dan kutipan sampah yang dilaksanakan oleh Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd (AFSB) melalui pengeluaran ‘Notis Pemberitahuan’ (NP) dan ‘Notis Menjalankan Kerja’ (NMK)
- Mengendalikan program 3K (Bukit Bintang, Jalan Petaling dan Chow Kit) atas arahan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
- Bantuan kecemasan yang beroperasi 24 jam setiap hari seperti menangkap ular, memusnahkan sarang tebuan/lebah, mengalihkan pokok tumbang yang menghalang jalanraya, membersihkan tumpahan minyak di atas jalanraya dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
- Menguruskan Tanah Perkuburan Islam di Jalan Ampang dan Cheras Baru.
- Menguruskan Krematorium (pembakaran mayat) dan Tanah Perkuburan Kristian di Cheras Baru.
- Memproses sebahagian permohonan pelan sistem rumah sampah sebelum penswastaan penuh pada 1 September 2011 dan menerima permohonan kutipan sampah, sapuan jalan, cucian longkang dan potong rumput untuk diserahkan kepada pihak PPSPPA.
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan 100% Premis Makanan (kedai makan / restoran) yang diperiksa mendapat keputusan penarafan kategori dalam tempoh serta merta.
- Memastikan maklumbalas awal terhadap aduan diberikan dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Memastikan kes denggi yang dilaporkan diambil tindakan kawalan dalam tempoh 24 jam daripada tarikh pendaftaran kes diterima.
- Memastikan tindakan aduan kes gigitan anjing diambil tindakan dalam tempoh 24 jam daripada tarikh aduan diterima.
- Memastikan kad suntikan dikeluarkan pada hari yang sama pengendali makanan menerima suntikan.
- Memastikan permohonan bagi aktiviti promosi kesihatan yang diluluskan dapat dilaksanakan 100% .
- Memastikan aduan perkhidmatan unit kecemasan akan diberi bantuan awal dalam tempoh 3 jam dari aduan diterima.
- Memastikan penghantaran tandas bergerak boleh digunakan selewat-lewatnya 2 jam sebelum acara dilangsungkan.
- Memastikan permohonan tempahan bagi pembakaran mayat diproses serta merta.
- Memastikan pengeluaran permit pengesahan kematian biasa dirumah diproses dalam tempoh masa 4 jam dari tempoh permohonan diterima.