Profil Jabatan Pelesenan Dan Pembangunan Perniagaan
Latar Belakang Jabatan
Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan adalah sebuah jabatan yang berfungsi terhadap kawalan perniagaan yang terlibat di dalam pengendalian, pengeluaran lesen dan tindakan penguatkuasaan terhadap semua aktiviti perniagaan dan penjaja di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Jabatan ini mengeluarkan lesen premis perniagaan, iklan, hiburan, penjaja dan peniaga kecil, tempat letak kereta, lesen minuman keras, dan lesen pelbagai serta menguatkuasakan undang-undang yang digunapakai oleh jabatan ini.
Visi
Mewujudkan komuniti perniagaan yang professional dan berintegriti bagi meningkatkan tahap ekonomi dan sosial mereka selaras dengan visi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Misi
Meningkatkan keupayaan dan daya usaha ke arah mewujudkan komuniti perniagaan formal dan tidak formal yang profesional dan berdisiplin bagi memajukan perkembangan ekonomi dalam membantu mencapai visi pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjadikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya bertaraf dunia
Hubungi Kami
- Telefon: 03-2028 2601
- Faks: 03-2694 7758 / 03-2692 3028
- Emel: jppp[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Tingkat 4-5 & 9, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
OBJEKTIF
- Menyedia dan melaksana dasar, program pembangunan fizikal & modal insan yang relevan kepada komuniti perniagaan dan pengurusan jabatan.
- Melaksanakan proses permohonan dan keputusan bagi semua jenis lesen perniagaan mengikut prosedur.
- Melaksanakan penguatkuasaan pematuhan syarat lesen secara sistematik.
FUNGSI
- Memproses dan mengeluarkan lesen perniagaan yang merangkumi lesen penjaja dan peniaga kecil, lesen premis, lesen iklan, lesen hiburan, lesen minuman keras dan lesen pelbagai.
- Melaksanakan penguatkuasaan pematuhan syarat lesen terhadap lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan.
- Menyediakan pembangunan modal insan yang relevan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil.
- Merancang keperluan dan pembangunan pasar dan pusat penjaja yang seragam, teratur dan serba lengkap bagi mewujudkan sistem perniagaan kecil yang lebih sistematik dan bertaraf tinggi.
- Melaksanakan kutipan hasil melalui Fi lesen, Sewaan Gerai Pasar dan Pusat Penjaja DBKL.
- Mencadangkan penggubalan dasar dan melaksanakan dasar pelesenan yang telah ditetapkan oleh Pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan permohonan lesen baru yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan diproses mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Memastikan permohonan lesen pembaharuan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan diproses mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Memastikan permohonan pembatalan lesen yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan diproses mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Memberi maklum balas awal terhadap aduan-aduan pelanggan dalam tempoh 1 hari bekerja dan mengambil tindakan susulan/penguatkuasaan dalam tempoh 3 hari bekerja. Pemantauan seterusnya dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.