Profil Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar
Latar Belakang Jabatan
Pada tahun 2015 Perpustakaan Kuala Lumpur telah bergabung dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti (JPPPK). Selaras dengan perubahan semasa, mulai 1 Januari 2018 Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) telah diwujudkan setelah berlakunya penggabungan dan penstrukturan semula antara Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti bersama Jabatan Perkhidmatan Kawasan. Pada tahun 2019 Bahagian Pengurusan Rekod telah digabungkan bersama Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar bagi memperkasakan peranan dan tangungjawab Jabatan supaya berkemampuan untuk menyediakan sistem penyampaian yang lebih cekap dan efisyen kepada warga kota Bandar Raya Kuala Lumpur.
Visi
1. Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan ke arah mensejahterakan bandar. 2. Menjadikan komuniti bandar yang terunggul dan sejahtera.
Misi
1. Mewujudkan komuniti bandar yang terunggul menerusi penyampaian perkhidmatan perbandaran yang cemerlang dan berkualiti. 2. Mewujudkan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti melalui perancangan dan pelaksanaan yang bersepadu antara organisasi bersama warga kota.
Hubungi Kami
- Telefon: 03-2617 6067
- Faks: 03-2698 3825
- Emel: jpppk[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Tingkat 4-9, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.
Objektif
- Mengurus dan menyelenggara perumahan awam untuk memberi keselesaan kepada penghuni – penghuni.
- Mewujudkan suasana kemasyarakatan yang harmoni, sihat, bekerjasama dan bertanggungjawab.
Fungsi
- Mengurus dan menyelenggara Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR)
- Mengurus pendaftaran permohonan rumah sewa melalui Sisteme-Perumahan secara on-line
- Mengurus pemilihan dan tawaran kemasukan penyewa yang layak
- Mengurus hal berkaitan penjualan rumah kos rendah dan sederhana DBKL dan bertindak sebagai pemaju sebelum penubuhan Joint Management Body (JMB)/ Management Corporation (MC) di PA/ PPR
- Mewujudkan suasana harmoni di kalangan penghuni dengan menyediakan kemudahan dan bantuan program-program sosial dan keagamaan untuk dimanfaatkan oleh warga Bandar
- Membangunkan komuniti dari pelbagai lapisan masyarakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merangkumi aspek pendidikan, pembangunan modal insan, perkhidmatan sosial dan membasmi kemiskinan Bandar
- Melaksanakan penyampaian perkhidmatan secara langsung kepada penduduk setempat dengan efisyen dan berkesan
PIAGAM PELANGGAN
- Pengesahan dokumen pendaftaran penyewaan yang lengkap akan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pendaftaran.
- Keputusan permohonan penyewaan unit Perumahan Awam (PA)/Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dimaklumkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Peruntukan Rumah Awam (JKPRA) bersidang.
- Keputusan permohonan memperbaharui kontrak penyewaan akan dimaklumkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Lanjut Tempoh.
- Keputusan permohonan gotong-royong/program sosial dimaklumkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Keputusan permohonan permit khemah sementara untuk aktiviti sosial penduduk setempat di Pejabat Cawangan dimaklumkan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Menyediakan Kelas Tambahan selama 5 bulan sebelum peperiksaan SPM/Peperiksaan Akhir Tahun kepada sekolah yang memohon bagi pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 3 dan Tahun 6 golong berpendapatan rendah.
- Menyediakan perkhidmatan kaunter bayaran yang cekap dan berkesan di Menara DBKL 3 serta tempoh waktu menunggu tidak melebihi 15 minit.
- Memberi maklum balas awal terhadap aduan-aduan pelanggan dalam tempoh 1 hari bekerja dan mengambil tindakan susulan/ penguatkuasaan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan dan membuat susulan sehingga selesai.
- Memastikan koleksi perpustakaan yang baru disusun di atas rak dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan.
- Mengeluarkan Surat Kebenaran Pindah Rekod kepada jabatan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.