Profil Jabatan Penguatkuasaan
Latar Belakang Jabatan
15 September 1969 – Skuad Pemusnah (Demolition Squad) telah ditubuhkan yang dianggotai seramai 1 orang pegawai berpangkat Inspektor dan 8 orang anggota. Skuad ini ditugaskan untuk meroboh setinggan-setinggan yang didirikan di atas tanah kerajaan di Kuala Lumpur.
1970 – Suruhanjaya Ibukota telah melantik seramai 48 orang bekas anggota Polis dan Tentera sebagai Pasukan Penguatkuasa Ibukota. Tugas dan tanggungjawab pasukan ini adalah mengawal pertumbuhan setinggan baru dan aktiviti penjaja tanpa lesen di sekitar ibukota.
1974 – Seiring dengan pengisytiharan naik taraf Kuala Lumpur sebagai bandaraya, Pasukan Penguatkuasa telah di isytiharkan sebagai Pasukan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan diletakkan di bawah Jabatan Urustia. Pasukan ini ditempatkan di Jalan San Peng.
1975 – Atas nasihat Bank Dunia (World Bank), Unit Trafik Warden telah ditubuhkan yang dianggotai seramai 40 orang untuk menguatkuasakan undang-undang di bawah Ordinan Lalulintas Jalan 1958 yang melibatkan kesalahan lalulintas statik dan bergerak.
1976 – Unit Trafik Warden diletakkan dibawah Jabatan Pengurusan Lalulintas.
1978 – Unit Penguatkuasa Perumahan ditubuhkan dengan kekuatan 100 orang anggota dan diletakkan di bawah Kementerian Wilayan Perseketuan dengan dikawal selia oleh Unit Penyelarasan Pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Unit ini bertanggungjawab melaksanakan tindakan keatas setinggan-setinggan.
31 Disember 1981 – Unit Trafik Warden dibubarkan.
1 Januari 1982 – Unit Penguatkuasa Khas yeng terdiri daripada bekas Trafik Warden ditubuhkan untuk menguatkuasakan Undang-undang berhubung kesalahan halangan dan kekotoran ditempat awam dan jalan awam. Unt ini di letakkan di bawah Urustia Bandaraya.
2 Ogos 1982 – Pengambilan Anggota Penguatkuasa Wanita Pertama : Seramai 39 Orang wanita telah dilantik, 19 orang ditugaskan di unit Penguatkuasa Khas sementara 20 orang lagi ditugaskan di Unit Kawalan Penjaja dan Keselamatan.
15 Julai 1983 Unit Penguatkuasa Perumahan, Unit Penguatkuasa Penjaja dan Unit Penguatkuasa Khas telah digabungkan menjadi satu jabatan yang dikenali sebagai Direktorat Penguatkuasaan.
14 Februari 1985 – Pasukan Pancaragam telah ditubuhkan.
1 Februari 1989 – Unit Berkuda telah ditubuhkan.
1 Februari 1992 – Skuad Penyelamat telah ditubuhkan.
15 Mei 2006 – Nama Direktorat Penguatkuasan telah ditukar kepada Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasan.
1 Julai 2011 – Seiring dengan pengstukturan semula organisasi DBKL, nama Jabatan Keselamatan Dan Penguatkuasaan telah ditukarkan kepada Jabatan Penguatkuasaan.
9 Oktober 2013 – Unit Berbasikal ditubuhkan.
Visi
Kearah menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandaraya bertaraf dunia melalui penguatkuasaan undang-undang.
Misi
1. Merancang, menyelaras dan menguatkuasakan undang-undang secara berhemah, berkesan dan berterusan. 2. Menyelaras dan menggerakkan pegawai dan kakitangan sebagai tenaga kerja yang beretika, berintergriti, berakauntabiliti, berkualiti dan memberikan perkhidmatan yang efisyen, mapan dan berkesan.
Hubungi Kami
- Telefon: 03-4026 7200
- Faks: 03-4021 8260
- Emel: jpk[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
OBJEKTIF
- Memastikan dasar-dasar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dicapai sepenuhnya melalui tindakan penguatkuasaan.
- Memacu masyarakat Kuala Lumpur supaya bersikap lebih bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik terhadap kualitI alam sekitar, keselamatan, keselesaan dan keharmonian.
- Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan lebih berintegriti melalui tindakanpenguatkuasaan sejajar dengan MISI Jabatan.
FUNGSI-FUNGSI JABATAN
- Mengawal dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan-kesalahan lalulintas, tempat letak kereta elektronik, penjaga kereta tanpa kebenaran, ingkar menggunakan jejantas dan halangan/pelanggaran isyarat lalulintas.
- Mengawal dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan kekotoran di tempat awam, jalan awam, tapak pembinaan dan kawasan perumahan Awam DBKL.
- Mengawal dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan halangan di tempat awam dan jalan awam.
- Mengawal dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan aktiviti penjajaan iaitu penjaja berlesen, penjaja tanpa lesen, penjaja warga asing dan pembinaan struktur perniagaan tanpa kebenaran.
- Membanci, memindah dan melaksanakan tindakan pembersihan setinggan.
- Mengawal dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan di Taman-Taman Awam dan Dataran Merdeka.
- Membantu Pejabat-Pejabat Cawangan DBKL dan Jabatan Pengurusan Perumahan di dalam pelaksanaan tindakan penguatkuasaan.
- Menyediakan dan memberi perkhidmatan kawalan keselamatan fizikal ke atas harta benda Datuk Bandar.
- Memberi perkhidmatan bantuan menyelamat apabila berlaku sebarang bencana dan bertindak sebagai Sekretariat Bilik Gerakan Pusat Bantuan Bencana Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
PERWAKILAN KUASA
AKTA
- Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
- Akta Kerajaan Tempatan 1976.
- Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.
- Akta Hotel 2003.
UNDANG – UNDANG KECIL
- Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.
- Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan (Saiz, Warna dan Jenis) 1959.
- Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap (Wilayah Persekutuan) 1981.
- Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982.
- Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992. (
- Perintah Lalulintas Jalan (Letak Kereta Bermeter) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1984.
- Undang-Undang Kecil Tandas Awam (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1986.
- Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja dan Gerai (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1989.
- Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1990.
- Undang-Undang Kecil Vandalisme (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1991.
- Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1997
- Undang-Undang Kecil Perumahan Awam (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2000.
- Undang-Undang Kecil Pasar Borong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2002.
- Undang-Undang Kecil Establisymen Kecantikan dan Kesihatan (Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur)2003.
- Undang-Undang Kecil Taman (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2012.
- Undang-Undang Kecil Larangan Meludah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1991.
1: SKUAD PENYELAMAT
Perkhidmatan yang diberikan :-
- Menjalankan kerja-kerja bantuan menyelamat apabila berlakunya kejadian bencana banjir, tanah runtuh, kebakaran kawasan setinggan, pokok tumbang dan lain-lain;
- Menyelaraskan kerja-kerja bantuan pemindahan mangsa-mangsa yang terlibat dengan kejadian bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran kawasan setinggan dan lain-lain;
- Berkerjasama dan memberi bantuan kepada agensi-agensi penyelamat yang lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, JPAM, PDRM, SMART, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain;
- Memberi bantuan kemahiran untuk operasi penguatkuasaan;
- Mengerakkan bilik bantuan bencana pusat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur apabila sesuatu kejadian bencana; dan
- Menyelaraskan bantuan logistik apabila berlakunya bencana
Masa Operasi: 24 Jam
Alamat : Skuad Penyelamat, Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jalan Tun Ismail, 50450 Kuala Lumpur.
Telefon : 603 – 4026 7222 / 603 – 4024 4424
2: PERSEMBAHAN PANCARAGAM
Perkhidmatan yang diberikan:-
- Mengadakan persembahan semasa majlis-majlis rasmi atau acara-acara yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL), lain-lain agensi kerajaan/swasta dan juga NGO.
Kadar bayaran perkhidmatan Pasukan Pancaragam:
Alamat : Pasukan Pancaragam, Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jalan San Peng, 55200 Kuala Lumpur.
Telefon : 603 – 9221 9077
Kadar bayaran perkhidmatan Pasukan Pancaragam
3: TUNTUTAN KE ATAS KENDERAAN YANG DITUNDA
Perkhidmatan:
Menunda kenderaan yang menghalang kelancaran lalulintas melalui rondaan dan aduan awam
Masa Urusan: | 24 Jam |
Alamat Tuntutan: | Unit Pengurusan Sitaan Dan Tunda |
Telefon: | 03 – 4041 7705 / 4041 7706 |
No Whatsapp: | 013 – 666 3255 |
Mengikut Pindaan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 2012, Akta Pengangkutan Jalan 1987, Fi bagi Pengapitan, Pengalihan dan Penahanan Kenderaan Motor adalah seperti berikut:-
BIL | JENIS KENDERAAN | PENGAPITAN (CLAMPING) | PENGALIHAN (REMOVAL) | PENAHANAN (DETANTION) SEHARI / PER DAY | KOMPAUN |
1. | Motosikal & Motosikal beroda tiga | RM 20.00 | RM 30.00 | RM 50.00 | RM 100.00 (Mengikut kesalahan) |
2. | Motokar | RM 50.00 | RM 100.00 | RM 100.00 | RM 100.00 RM 150.00 (Mengikut kesalahan) |
3. | Bas, lori yang berat tanpa muatan tidak lebih daripada 3000 kilogram | RM 100.00 | RM 300.00 | RM 200.00 | RM 100.00 RM150.00 (Mengikut kesalahan) |
4. | Tanker, treler dan jenis kenderaan yang lain yang berat tanpa muatan lebih daripada 3000 kilogram | RM 150.00 | RM 400.00 | RM 300.00 | RM 100.00 RM 150.00 (Mengikut kesalahan |
Dokumen Yang Diperlukan Semasa Tuntutan :
- Kad pendaftaran asal kenderaan(Geran)
- Cover note (insurans) asal kenderaan
- Wakil – Sila bawa surat perwakilan dari pemilik dan salinan kad pengenalan pemilik
Sekiranya Tiada Perkara (a) – (c), sila bawa :
- Salinan kad pendaftaran kenderaan atau cover note (insurans)
- Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah.
- Mengisi Borang Akuan Menuntut Kenderaan.
Sekiranya kenderaan bersabit dengan Kes Polis perlu dikemukakan:-
- Salinan Laporan Polis
- Salinan daripada Pegawai Penyiasat berkenaan
- Surat Perintah Mahkamah
4: TUNTUTAN KE ATAS KENDERAAN BURUK / TERSADAI
Perkhidmatan:
Menunda kenderaan buruk/tersadai melalui rondaan dan aduan awam
Masa Urusan: | Isnin – Khamis | : 8.00 pagi – 10.00 malam |
Jumaat | : 8.00 pagi – 12.15 t/hari | |
Sabtu – Ahad Cuti Am | : 8.00 pagi – 10.00 malam | |
Alamat Tuntutan: | Depoh Kenderaan Tersadai Salak Selatan, Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Lot 4428 Jalan Besar Salak Selatan, 57100 Kuala Lumpur | |
Telefon: | 603 7982 1010 |
Mengikut Pindaan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 2012, Akta Pengangkutan Jalan 1987, Fi bagi Pengapitan, Pengalihan dan Penahanan Kenderaan Motor adalah seperti berikut:-
BIL | JENIS KENDERAAN | ANGKUT | PENAHANAN (DETANTION) SEHARI / PER DAY | KOMPAUN |
1. | Motosikal / Roda 3 | RM 50.00 | RM 10.00 | RM 100.00 |
2. | Kenderaan Kereta | RM 100.00 | RM 10.00 | RM 100.00 |
3. | Bas / Lori / Treler / Kontena | RM 250.00 | RM 10.00 | RM 100.00 |
Dokumen Yang Diperlukan Semasa Tuntutan :
- Kad pendaftaran asal kenderaan(Geran)
- Cover note (insurans) asal kenderaan
- Wakil – Sila bawa surat perwakilan dari pemilik dan salinan kad pengenalan pemilik
Sekiranya Tiada Perkara (a) – (c), sila bawa :
- Salinan kad pendaftaran kenderaan atau cover note (insurans)
- Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah.
- Mengisi Borang Akuan Menuntut Kenderaan.
Sekiranya kenderaan bersabit dengan Kes Polis perlu dikemukakan:-
- Salinan Laporan Polis
- Salinan daripada Pegawai Penyiasat berkenaan
- Surat Perintah Mahkamah
5: SITAAN BARANG PENJAJA DAN PINDAH HALANGAN TEMPAT AWAM
Perkhidmatan:
Tempat Penyimpanan barang-barang sitaan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja dan Gerai (WPKL) 1989.
Masa Urusan: | Isnin – Khamis | : 8.00 pagi – 10.00 malam |
Jumaat | : 8.00 pagi – 12.15 t/hari | |
Sabtu – Ahad Cuti Am | : 8.00 pagi – 10.00 malam | |
Alamat Tuntutan: | Unit Pengurusan Sitaan dan Tunda, Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Lombong Off Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur | |
Telefon: | 603 9282 2540 |
1. Tempoh Tahanan :
Ketetapan tempoh tahanan berdasarkan kepada kasalahan mengikut pertuntukan undang-undang seperti berikut:-
1.1 Seksyen 46 Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974
1.2 Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan gerai (WPKL) 1989
2. Tuntutan :
2.1 Bagi aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh bukan warganegara, semua peralatan yang berkaitan tidak dibenarkan untuk dituntut dan terus dirujuk kepada Lembaga Pelupusan.
2.2 Kenderaan yang disita hanya boleh dituntut oleh pemilik berdaftar, walaupun digunakan oleh bukan warganegara semasa tindakan diambil. Tempoh tuntutan adalah selepas 24 jam setelah bayaran dijelaskan.
3. Tuntutan Barang Tidak Tahan Lama/Mudah Rosak:
Barang-barang yang dipindah/sita dan tidak tahan lama/mudah rosak boleh dituntut dalam tempoh 24 jam. Walaubagaimanapun, sekiranya tidak dituntut, Jabatan berhak melupuskan terus barangan tersebut selepas 24 jam dalam tahanan.
4. Caj Penahanan Dan Kadar Kompaun Terhadap Barang Dipindah/Sita:
4.1 Caj Penahanan dan kadar kompaun barang-barang yang dipindah mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974
4.2 Caj Penahanan dan kadar kompaun terhadap barangan yang disita mengikut jadual kedua UUK Pelesenan Penjaja Dan Gerai (WPKL) 1989
PIAGAM PELANGGAN
- Memperakukan / mengesahkan penerimaan aduan awam serta merta atau dalam tempoh 24 jam dan beri maklum balas awal dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
- Memastikan barang yang disita atau pindah halangan yang telah tamat tempoh tahanan boleh dilepaskan kepada pemilik dalam tempoh satu (1) hari bekerja setelah memenuhi syarat-syarat tuntutan.
- Memastikan tuntutan kenderaan yang ditunda dilepaskan dalam tempoh satu (1) jam setelah memenuhi syarat-syarat tuntutan.
- Memberi bantuan awal selepas menerima aduan atau laporan bencana alam seperti berikut : i) Kawasan Pusat Bandar dalam tempoh 15 minit (ii) Kawasan Luar Bandar dalam tempoh 30 minit.
- Memberi khidmat nasihat / bimbingan / khidmat perundingan secara bertulis dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.