Profail Jabatan Kejuruteraan Awam Dan Saliran

Latar Belakang Jabatan

Jabatan Kerja Awam telah digabungkan dengan Jabatan Saliran dan Pengurusan Sungai semasa penstrukturan semula Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Julai 2011 dan dikenali dengan nama Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran (JKAWS). Penstrukturan baharu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2015 telah menggabungkan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran dengan Jabatan Pengangkutan Bandar. Jabatan baharu ini dinamakan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar (JKPB).

 

Pihak Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan penyelarasan semula fungsi JKPB dan melibatkan penjenamaan semula JKPB kepada Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran (JKAWS) berkuat kuasa pada 3 September 2019.

 

Jabatan ini bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi pengurusan, penyelenggaraan dan pembinaan projek infrastruktur jalan, jambatan,sungai, cerun, parit induk, tebatan banjir dan lain-lain fungsi yang berkaitan.

Visi

Ke arah pelaksanaan rangkaian jalan, jambatan, cerun dan sungai selamat, indah dan berkualiti.

Misi

Menjadikan rangkaian jalan, jambatan, cerun dan sungai mengikut piawaian, berkualiti dan bertaraf dunia.

Hubungi Kami

OBJEKTIF

  1. Bertanggungjawab bagi merancang, melaksana dan menyelenggara Infrastruktur jalanraya di Bandaraya Kuala Lumpur pada tahap yang boleh diterima setimpal dengan sumber kewangan yang dibenarkan.
  2. Menyediakan Infrastruktur jalanraya yang baik dengan memasang lampu jalan di kawasan Projek-Projek baru bagi mencapai hasrat menjadikan Kuala Lumpur sebagai Taman Bandaraya Bercahaya dan juga meningkatkan imej Bandaraya di mata dunia.
  3. Mengadakan satu sistem rangkaian perparitan induk yang sempurna bagi meminimakan risiko – risiko banjir.
  4. Menyediakan satu sistem amaran banjir yang efektif, praktikal serta berkesan bagi meramalkan jangka masa kejadian banjir.

FUNGSI

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

  1. Mengurus hal ehwal pentadbiran dan Sumber Manusia.
  2. Mengurus kemajuan kerjaya perkhidmatan Pegawai dan kakitangan.
  3. Mengurus penilian prestasi dan tatatertib.
  4. Mengurus latihan kursus, seminar, aktiviti sosial dan kebajikan kakitangan.
  5. Mengurus penempatan latihan praktikal dari IPTA/IPTS
  6. Menguruskan penerimaan dan pengeluaran surat – surat jabatan.
  7. Menguruskan pelbagai Cuti Pegawai dan Kakitangan.
  8. Menguruskan rekod – rekod jabatan.
  9. Mengurus ICT jabatan.
  10. Menyelenggara Infrastruktur, perkakasan, perisian sistem komputer.
  11. Mengurus dan menyelaras hal ehwal KIK jabatan.
  12. Menyelaras dan memantau ISO 9001:2015 Jabatan.
  13. Menyelaraskan EKSA Jabatan.
  14. Menyediakan laporan Keutuhan dan Karenah Birokrasi.
  15. Menyelaraskan Pencapaian KPI jabatan.
  16. Menyelaraskan Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan.
  17. Melaksanakan dan menyediakan laporan e-PBT jabatan.
  18. Mengurus hal ehwal aset inventori jabatan.
  19. Menyediakan bajet tahunan.
  20. Merancang, mengurus dan mengawal perbelanjaan bagi Bajet Mengurus dan Pembangunan.
  21. Mengurus penyediaan dokumen tender, kontrak, sebutharga, pembelian dan pemulangan bon/cagaran.
  22. Menguruskan sijil – sijil bayaran.
  23. menguruskan bil – bil utiliti untuk pembayaran.
  24. Penyediaan Laporan Tahunan Jabatan.
  25. Menyelaraskan Kenderaan Jabatan.
  26. Hal Ehwal keselamatan Jabatan.

BAHAGIAN KEJURUTERAAN AWAM

Unit Penyelarasan Dan Aduan Awam

  1. Membuat program pembaikan / penyelenggaraan berjadual untuk infrastruktur jalan mengikut bajet.
  2. Menyelenggara rangkaian jalan-jalan awam.
  3. Menyelenggara longkang-longkang tepi jalan.
  4. Menyelenggara lorong-lorong belakang/sisi.
  5. Penyelenggaraan pagar keselamatan pejalan kaki/ jalanraya/ terowong.
  6. Penyelenggaraan tembok penahan dalam rezab jalan.
  7. Penyelenggaraan papan tanda jalan awam.
  8. Mengemaskini buku senarai pengisytiharaan jalan dan menemukakan Borang MARRIS kepada Kementerian Kewangan bagi tujuan mendapat ‘grant’.
  9. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan longkang, jalan, perabot jalan, penandaan jalan dan lain-lain kerja berskala kecil oleh tenaga jabatan
  10. Membuat pemeriksaan berkala dan menyediakan laporan terhadap kerosakan-kerosakan longkang, jalan, perabot jalan, penandaan jalan dan lain-lain kerja berskala kecil oleh tenaga jabatan.
  11. Melaksanakan kerja-kerja segera berskala kecil dan bantuan awal kecemasan terhadap insiden-insiden seperti tanah runtuh, tanah jerlus, paip pecah dan sebagainya dari masa ke semasa.
  12. Mengurus aduan Awam (melalui sistem I-SPAAA, Surat, telefon, Facebook dll).

Unit Rekabentuk Dan Pembinaan Jalan

  1. Mengenal pasti lokasi / keperluan projek.
  2. Menyediakan laporan penilaian perunding untuk dibentang kepada Jawatankuasa Penilaian Perunding peringkat Jabatan.
  3. Menyediakan Dokumen Perjanjian perunding. Deraf Dokumen Perjanjian perlu disemak oleh Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan.
  4. Memantau kemajuan kerja-kerja rekabentuk yang dilaksanakan oleh perunding dan menyediakan sijil bayaran kepada perunding mengikut kemajuan.
  5. Membuat ulasan terhadap rekabentuk yang disediakan dan mengemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) untuk kelulusan.
  6. Menyediakan dan mengemukakan Dokumen Tender kepada JP, BPP untuk panggilan tender. Deraf Dokumen Tender perlu disemak oleh Jabatan Ukur Bahan. Sekiranya projek dilaksanakan sehingga peringkat rekabentuk sahaja, peringkat seterusnya diserahkan kepada Bahagian Projek.
  7. Membuat ulasan terhadap rekabentuk yang disediakan dan mengemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) untuk kelulusan.

Mengurus Pembinaan Projek-Projek:

  1. Mengurus pembinaan projek-projek jalan, jambatan, jejambat, terowong, jejantas & persimpangan bertingkat.
  2. Menyelaras penyediaan dokumen kontrak, perakuan lanjutan masa, perakuan kerja tidak siap, lanjutan masa, perubahan arahan kerja dan pelarasan harga kontrak.
  3. Mengurus dan menyelia tapak pembinaan.
  4. Menyediakan dokumen-dokumen pembayaran kepada kontraktor.
  5. Penyelarasan bersama juruperunding dan agensi utiliti berkaitan.
  6. Mengaturkan mesyuarat koordinasi bersama pihak kontraktor, juruperunding dan agensi berkaitan.
  7. Menyediakan laporan kemajuan kerja bulanan.
  8. menjalankan kajian impak dan outcome projek.

Unit Permit Utiliti

  1. Memproses permohonan permit korekan jalan oleh syarikat/ agensi utiliti seperti TNB. Telekom, IWK dan SYABAS.
  2. Menyelaraskan kerja korekan jalan dan laluan siarkaki di WPKL oleh agensi-agensi utiliti dan pihak swasta.
  3. Memproses tuntutan kos gantirugi dan membaikpulih lubang gali.
  4. Menyelaras kerja-kerja membaikpulih lubang gali oleh agensi utiliti.
  5. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan longkang, jalan, perabot jalan, penandaan jalan dan lain-lain kerja berskala kecil oleh tenaga jabatan.
  6. Membuat pemeriksaan berkala dan menyediakan laporan terhadap kerosakan-kerosakan longkang, jalan, perabot jalan, penandaan jalan dan lain-lain kerja berskala kecil oleh tenaga jabatan.
  7. Melaksanakan kerja-kerja segera berskala kecil dan bantuan awal kecemasan terhadap insiden-insiden seperti tanah runtuh, tanah jerlus, paip pecah dan sebagainya dari masa ke semasa.
  8. Melaksanakan undang-undang kecil angkut bahan bagi aktiviti angkut bahan selain daripada projek pembangunan yang mempunyai perintah pembangunan.

Unit Cerun Dan Penyelenggaraan Jambatan

  1. Menyediakan dan mengemaskini inventori cerun di rezab jalan dan kawasan hijau di bawah kawalan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, termasuk pengkalan data ciri-ciri geologi dan geoteknikal cerun.
  2. Menjalankan penyiasatan forensik untuk insiden cerun runtuh di rezab jalan dan di kawasan kawalan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
  3. Menjalankan pemeriksaan berkala untuk cerun dan mengesyorkan kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala.
  4. Melaksanakan kerja-kerja baikpulih cerun runtuh di rezab jalan dan kawasan cerun di bawah DBKL.
  5. Berurusan dengan pakar geoteknikal dari agensi lain dan pemilik-pemilik tanah yang terlibat dengan insiden cerun runtuh skala besar di Kuala Lumpur mengenai kerja baikpulih jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang.
  6. Menjalankan kajian untuk kawasan tanah sensitif alam sekitar milik DBKL yang bermasalah dan melaksanakan kerja penstabilan dan baikpulih.
  7. Menjalankan pemeriksaan cerun dalam rezab jalan atau kawasan milik DBKL yang diserahkan untuk tujuan pengambilalihan penyelenggaraan.
  8. Merancang dan melaksanakan kerja cerun tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).
  9. Mengawal dan mengemaskini sistem pengurusan jambatan.
  10. Menyediakan program pemeriksaan berkala ke atas jambatan, jejantas dan terowong pejalan kaki.
  11. Membuat pemeriksaan berkala terhadap jambatan, jejambat, jejantas dan terowong kenderaan.
  12. Mengambil alih jambatan, jejambat, jejantas dan terowong setelah siap dibina dan memeriksa inventori.
  13. Menyelenggara dan membaikpulih jambatan, jejambat, jejantas, terowong pejalan kaki dan terowong kenderaan.
  14. Menyediakan dan meningkatkan aspek keselamatan terhadap jambatan, jejambat, jejantas, terowong pejalan kaki dan terowong kenderaan.

BAHAGIAN SALIRAN

Unit Tebatan Banjir Dan Projek

  1. Merancang, melaksanakan dan menyelenggara sistem saliran utama bagi tebatan banjir dan mengatasi masalah banjir kilat.
  2. Melaksanakan secara strategik Cadangan Pelan Induk Saliran Bandar dan Pengurusan Air Hujan Kuala Lumpur.
  3. Menguruskan projek-projek tebatan banjir menggunakan kaedah berstruktur dan tidak berstruktur.
  4. Membina dan menaiktaraf kapasiti sungai – sungai kecil.
  5. Membina kolam takungan banjir dan rumah pam.
  6. Menguruskan sistem amaran banjir termasuk papan tanda elektronik dan sistem siren.

Unit Parit Induk

Menjalankan kerja Pengurusan Saliran Bandar dengan melaksanakan rancangan dan aktiviti berikut:

  1. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bagi memelihara kebersihan, astetik, kapasiti hidraulik parit utama untuk mengurangkan risiko banjir.
  2. Melaksanakan program penyelenggaraan sistem saliran seperti berikut :
    • Pembersihan kelodak, semak samun dan sampah
    • Pembaikan parit induk
    • Pembinaan kecil sistem saliran bandar
  3. Mengurus aduan berkaitan saliran bandar
  4. Melaksanakan kerja – kerja kecemasan selepas hujan.
  5. Menyenggara parit induk dan longkang tepi jalan.

Unit Pengurusan Sungai

Menjalankan kerja Pengurusan Sungai dengan melaksanakan rancangan dan aktiviti berikut:

  1. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bagi memelihara kebersihan, memelihara estetik, memelihara kapasiti hidraulik sungai untuk mengurangkan risiko banjir.
    1. Sungai
      • Kutipan Sampah
      • Pembersihan Kelodak
      • Pembaikan Tebing
    2. Kolam Takungan Banjir
      • Pembersihan Kolam
      • Pembinaan Kecil
    3. Kerja – kerja kecemasan selepas hujan.
  2. Membuat penyelarasan dengan agensi-agensi yang berkaitan dengan sungai seperti JPS, JAS, Pejabat Tanah, Kerajaan Negeri Selangor dan lain-lain.
  3. Melaksanakan kerja-kerja untuk mengawal kualiti air kolam takungan banjir dan tasik supaya terjamin.
ms_MYMS
en_GBEN ms_MYMS