Profil Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal
Latar Belakang Jabatan
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal (JKME) memberikan perkhidmatan sokongan kepada jabatan-jabatan dalam organisasi DBKL. Seiring dengan perkembangan fungsi DBKL, JKM turut berurusan secara langsung dengan agensi-agensi kerajaan dan juga pihak awam dalam bidang yang berkaitan dengan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal termasuk operasi penguatkuasaan, bantuan kecemasan serta sukan.
SEJARAH JABATAN
1977 – Dikenali sebagai Jabatan Bengkel dan Stor
1983 – Ditukar nama kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
2011 – Dikenali sebagai Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal dalam penstrukturan semula DBKL
2014 – Dikenali sebagai Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Fungsi dan tanggungjawab jabatan secara ringkasnya termasuklah:
- Melaksanakan perolehan, menyediakan perkhidmatan pengangkutan, menjalankan kerja-kerja penyenggaraan bagi kenderaan, mesin jentera, mesin kecil dan pelbagai peralatan.
- Mengurus sebuah Stor Pusat bagi urusan pembekalan alatganti dan pelbagai kelengkapan bahan kerja.
- Perkhidmatan perunding kejuruteraan mekanikal dan elektrikal dalam melaksanakan projek pembangunan seperti perumahan awam, bangunan pejabat, masjid, taman rekreasi dan jalan. Perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal termasuk sistem lif bangunan, sistem pencegah kebakaran, sistem pam air domestik, pembekalan kuasa elektrik dan pencahayan bangungan, sistem pancutan air rekreasi, sistem rawatan air kolam renang, sistem penyaman udara bangunan, sistem pembakar mayat, sistem pam kawalan banjir. Berkaitan juga ialah fungsi untuk menyenggara kemudahan awam berbentuk mekanikal seperti tersebut di atas.
- Perkhidmatan perunding bagi pengurusan sisa pepejal. Jabatan memantau prestasi kontraktor pemindahan sisa pepejal di Stesen Pemindahan Taman Beringin.
- Perkhidmatan perunding kejuruteraan elektrikal dalam melaksanakan projek pembangunan seperti perumahan awam, bangunan pejabat, masjid. Menjalankan kerja-kerja menyenggara keseluruhan sistem dan pepasangan peralatan lampu jalan awam dan terowong termasuk aksesori yang berkaitan.
Visi
Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan logistik kenderaan bagi kegunaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia.
Misi
Berusaha untuk memberikan dan menghasilkan perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan keperluan jabatan pengguna.
Hubungi Kami
- Telefon: 03-2617 6200
- Faks: 03-2604 0720
- Emel: jkme[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Tingkat 11, Menara DBKL 3 Jalan Raja Abdullah 50300 Kuala Lumpur
OBJEKTIF
Memupuk budaya kerja yang efisien dan efektif dalam merancang, merekabentuk, melaksana, mengoperasi dan menyenggara perkhidmatan kejuruteraan mekanikal merangkumi:
- Perkhidmatan logistik kenderaan & jentera berat serta peralatan kerja.
- Perkhidmatan mekanikal dan elektrikal dalam bangunan (pejabat) seperti sistem lif, sistem pencegah kebakaran, sistem bekalan air, bekalan kuasa elektrik, pencahayaan dan sistem penyaman udara.
- Perkhidmatan mekanikal dan elektrikal kemudahan awam seperti Rumah Pam Kawalan Banjir, Krematorium, Pancutan Air.
- Perkhidmatan pengurusan pelupusan sisa pepejal.
FUNGSI
Jabatan Mekanikal dan Elektrikal bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan berbentuk merancang, merekabentuk, memperolehi, mengurus dan menyenggara pelbagai kemudahan peralatan mekanikal dan elektrikal, logistic dan juga pembekalan. Fungsi utama jabatan seperti :
- Merancang, menganalisa keperluan, mengurus perolehan serta pelupusan semua kenderaan, jentera dan peralatan mekanikal jabatan-jabatan DBKL
- Menyelaraskan dan mengurus pembekalan kenderaan / jentera untuk kegunaan kepada jabatan-jabatan DBKL
- Menyelia, mengawasi, mengawal dan memantau kerja penyenggaraan kenderaan / jentera dan pelbagai kemudahan Mekanikal di dalam bengkel jabatan atau secara kontrak / kontrak berpenggal
- Merancang perolehan dan penyelenggaraan semua alat ganti, peralatan kerja dan pelbagai bahan keperluan kerja jabatan-jabatan di Stor Pusat DBKL
- Memberi khidmat perundingan bagi merekabentuk, tender, memasang dan menyenggara perkhidmatan mekanikal dan elektrikal bangunan seperti sistem lif, escalator, pencegah kebakaran, penyaman udara, rektikulasi, bekalan kuasa elektrik, pencahayaan dan lain-lain bagi projek-projek pembangunan dan asset bangunan DBKL
- Merancang, menyelaras serta memantau operasi dan senggaraan sistem pelupusan sisa pepejal
- Merancang, menyelaras serta memantau senggaraan lampu jalan awam di bandar raya Kuala Lumpur
PIAGAM PELANGGAN
Kenderaan
- Menguruskan kumpulan kenderaan/mesin jentera secara teratur serta menyediakan jadual dan bekalan pengangkutan berdasarkan permintaan tidak kurang daripada peratusan berikut:-
- Jentera dan Kenderaan Kegunaan Khas 75%
- Kenderaan Operasi Khas 80%
- Kenderaan Protokol 90%
- Kenderaan angkut 88%
- Melaksanakan penyenggaraan kenderaan/mesin jentera seperti spesifikasi pembuat dan mengawal kadar kerosakan tidak melebihi dari peratusan di bawah:-
- Kenderaan Pelbagai Guna Sepusat 6.0%
- Kenderaan Pelbagai Guna Jabatan 4.0%
- Mesin Jentera 10.0%
- Motosikal 3.0%
- Rekod induk kenderaan yang telah dikeluarkan Sijil Penamatan Perkhidmatan Kenderaan akan dikemaskini dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh sijil dikeluarkan.
Kemudahan Awam
- Mengurus dan melaksanakan penyenggaraan peralatan mekanikal dengan mengawal kadar kerosakan tidak melebihi 10%.
- Aduan kerosakan lampu jalan mestilah dibaiki dalam tempoh 3 hari.
- Memastikan kerosakan lampu jalan tidak melebehi 3% keseluruhan jumlah lampu jalan (bersamaan 100%).
- Memastikan rondaan lampu jalan di jalan utama dan protokol sebanyak 8 kali sebulan (bersamaan 100%).
Perolehan
- Penyediaan spesifikasi teknikal dan dokumen untuk kenderaan/mesin jentera, mesin kecil dan peralatan mengikut jangkamasa seperti berikut:-
- Menyediakan spesifikasi tender yang mengimbangkan faktor kos dengan teknologi terkini serta dapat membangunkan sistem moden dan selamat, sesuai dengan peruntukkan yang disediakan.
- Mengemaskini dokumen tender/sebutharga jenis berulang dalam tempoh 3 minggu.
- Menyediakan dokumen tender/sebutharga baru dalam tempoh 2 bulan.
- Membuat penilaian tender/sebutharga dalam masa 3 minggu.
- Memastikan pembekalan kenderaan/mesin jentera baru dilaksanakan tidak lewat 24 bulan daripada penerimaan buku bajet.
Stor Pusat
- Memastikan pembekalan bahan-bahan kepada Jabatan-Jabatan di dalam DBKL sentiasa dapat dipenuhi mengikut jenis dan peratusan permintaan seperti berikut:-
- Bahan api (petrol dan diesel) 100%
- Simpanan barangan pelbagai 90%
- Simpanan alat ganti kenderaan/mesin jentera, motosikal, mesin dan peralatan mekanikal 85%
- Setiap permohonan pengeluaran barangan di Stor Pusat akan dilayan dalam tempoh 10 minit mengikut giliran dan pengeluaran barangan ‘ex-stock’ akan dibuat dalam tempoh 20 minit.
Perolehan
- Memberi perkhidmatan perundingan mekanikal dan elektrikal dalam melaksanakan projek mengikut tempoh jadual pelaksanaan ‘Building Team’ termasuk perkara-perkara di bawah:-
- Menyediakan spesifikasi tender yang mengimbangkan faktor kos dengan teknologi terkini serta dapat membangunkan sistem moden dan selamat, sesuai dengan peruntukkan yang disediakan.
- Menyediakan dokumen tender dalam jangkamasa seperti berikut:-
a) Projek Besar – 3 bulan
b) Projek Sederhana – 2 bulan
c) Projek Kecil – 1 bulan - Menyiapkan penilaian tender dalam jangkamasa seperti berikut:-
a) Projek Besar – 3 minggu
b) Projek Sederhana – 2 minggu
c) Projek Kecil – 1 minggu
Pengurusan Sisa Pepejal
- Memastikan sisa pepejal yang diterima oleh Stesen Pemindahan Taman Beringin diproses dan dilupuskan ke tapak pelupusan akhir dalam tempoh 24 jam dengan proses kerja memenuhi syarat-syarat EIA (kesan ke atas alam sekitar).