Profil Jabatan Pelaksanaan Projek Dan Penyelenggaraan Bangunan
Latar Belakang Jabatan
Selaras dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL2020), misi Jabatan Pelaksanaan Projek Dan Penyelenggaraan Bangunan adalah untuk membantu DBKL mencapai visinya untuk menjadikan bandar raya sejahtera untuk semua menjelang tahun 2030, dengan melaksana dan menyelenggara projek-projek perumahan, kemudahan awam seperti dewan orang ramai, dewan serbaguna, tandas awam, pusat komuniti, klinik awam, tanah perkuburan, krematorium, perpustakaan, pasar, gerai / pusat penjaja, kemudahan sukan, dan sebagainya.
SEJARAH
Jabatan ini beroperasi semenjak tahun 1976 dengan nama asalnya Jabatan Pelaksanaan Projek Khas, memainkan peranan penting dalam pembangunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terutama sekali di dalam membangunkan projek-projek perumahan awam di kawasan Cheras, Lembah Pantai, Gombak, Sentul, Setapak Jaya dan kawasan berhampiran dengan Pusat Bandar 1.
Berikutan dengan penyusunan semula organisasi DBKL, pada tahun 1989 hingga 2005 nama jabatan ini ditukarkan kepada Jabatan Arkitek dan Projek Khas (JAPK). Jabatan ini mengintegrasikan disiplin arkitek, ukur tanah, kejuruteraan awam, kejuruteraan struktur dan kejuruteraan elektrik dalam melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan bangunan.
Pada tahun 1997, Unit Pengekalan dan Seni Bandar dari Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan telah diserapkan ke Jabatan ini dan pada Jun 2000, tugas JAPK diperluaskan lagi dengan pengambilan alih semua tugas-tugas penyelenggaraan bangunan-bangunan DBKL seperti kuarters, kompleks sukan, pasar, bangunan Ibu Pejabat DBKL, panggung DBKL lama serta penyelenggaraan dan penggunaan Dataran Merdeka.
Selain terlibat dengan perlaksanaan projek-projek DBKL sendiri, Jabatan ini juga terlibat dengan projek-projek di bawah Kerajaan Pusat dan Negeri seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR), Kompleks Sukan dan Stadium, Pusat Komuniti, Kompleks Penjaja, Pasar, Masjid, Surau, Tanah Perkuburan, padang dan lain-lain lagi.
Pada tahun 2005, nama Jabatan Arkitek dan Projek Khas ditukarkan kepada Jabatan Arkitek.
Berikutan penyusunan semula organisasi DBKL pada 15 Julai 2011, jabatan ini telah digabungkan dengan bahagian penyelenggaraan perumahan awam dan dinamakan Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Perumahan Awam. Seterusnya pada tahun 2012, Unit Penyelenggaraan Perumahan Awam telah dikembalikan ke Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti menjadikan nama jabatan ini ditukar kepada Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Bangunan (JPPPB) dan ianya kekal sehingga kini.
Selain daripada di atas, untuk memantapkan lagi urusan pelaksanaan projek dan selaras dengan Pelan Strategik ICT DBKL, jabatan telah menggunakan sistem Pengurusan Rekod Elektronik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu pengurusan maklumat secara maya dalam semua aspek penyampaian dan storan dokumen seperti surat-surat, lukisan dan laporan. Sistem Adu@DBKL pula digunapakai untuk aduan-aduan yang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti hakmilik Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Visi
Perancangan, rekabentuk, pelaksanaan dan penyelenggaraan projek pembangunan dan kemudahan awam diurus secara sistematik dan professional serta selamat sejahtera melalui penyelenggaraan yang efisyen dan berkualiti.
Misi
Membangun, mentadbir dan mengurus projek-projek pembinaan dan penyelenggaraan bangunan milik DBKL.
Hubungi Kami
- Telefon: 03-2617 6502 / 6503 / 6505
- Emel: jpppa[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Tingkat 17, 21-25 & 27, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.
OBJEKTIF
- Membuat perancangan dan rekabentuk projek-projek bangunan dan kemudahan awam serta memastikan ianya mengikut amalan professional dan kehendak klien serta mematuhi undang-undang pihak berkuasa yang meluluskan;
- Melaksanakan pembinaan projek-projek bangunan dan kemudahan awam & memastikan ianya dijalankan dengan efisyen, sistematik dan professional;
- Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan bangunan-bangunan milik Datuk Bandar Kuala Lumpur & memastikan ianya dilaksanakan dengan efisyen, sistematik dan berkesan. Ianya adalah sejajar dengan hasrat kerajaan dan DBKL untuk menanam budaya sayang kepada harta dan kemudahan awam bagi mengekalkan bandaraya yang cantik, bersih dan selesa kepada kakitangan dan wargakota.
FUNGSI
- Menguruskan projek-projek ikonik seperti kawasan Sungai Nadi Kehidupan / ‘River of Lif’e (ROL), Jejak Warisan (‘Heritage Trail’ – HT) dan Pintasan Saloma (‘Saloma Link’);
- Menguruskan keperluan logistik bagi semua acara-acara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta agensi-agensi luar;
- Memberikan ulasan dan khidmat nasihat kepada Jawatankuasa Pusat Setempat (JKPS) dari aspek rekabentuk, impak pencahayaan dan warisan;
- Membantu secara langsung di dalam penyelarasan serta pembangunan dasar-dasar dan polisi-polisi di dalam pelbagai program di peringkat DBKL seperti ‘KL Smart City’, ‘Sustainable Development Goals’ (SDG), ‘KL Low Carbon Society Blueprint’, ‘Energy Efficient Buildling Green House Gas’ (GHS) serta program usahasama dengan pihak Tokyo Metropolitan Government;
- Memberikan khidmat nasihat dan bantuan penyeliaan kepada agensi luar seperti Perbadanan Kampung Baru dan jabatan dalaman DBKL bagi projek seperti .kerja-kerja menaiktaraf bangunan pejabat dan ruang awam;
- Mengadakan sesi taklimat program jangkauan awam (‘Public Outreach Programme’) terhadap projek-projek DBKL seperti Rumah Tangsi, ROL, HT dan Jalan Alor kepada agensi-agensi luar dan antarabangsa.
PIAGAM PELANGGAN
- Mengadakan pemantauan projek sebulan sekali di peringkat Jabatan.
- Menganalisa Laporan Prestasi Kontraktor dua (2) kali setahun pada Januari – Jun dan Julai – Disember.
- Memastikan semua aduan kerosakan kecemasan yang melibatkan nyawa dan harta benda diambil tindakan dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima.
- Memastikan semua kerosakan selain daripada kecemasan diambil tindakan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
- Memastikan bil, invois dan Sijil Bayaran Kemajuan yang lengkap dihantar ke Jabatan Kewangan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap dan tertakluk kepada peruntukan yang mencukupi.