Profil Jabatan Pembangunan Landskap Dan Rekreasi
Latar Belakang Jabatan
Bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan rekreasi kepada warga kota dan memainkan peranan yang penting dalam memastikan kecantikan Bandar Raya Kuala Lumpur secara berterusan ke arah mencapai visi menjadikan Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya Tropika Lestari Bertaraf Dunia menjelang 2020. Selaras dengan visi dan misi Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi untuk menjadikan Kuala Lumpur Bandar Raya dalam Taman, kerja-kerja pengindahan sentiasa dipertingkatkan dan memperbanyakan serta menaiktaraf kawasan rekreasi dan kemudahan riadah bagi semua peringkat umur dan golongan kurang upaya.
Program-program pengindahan dan penyelenggaraan kawasan-kawasan taman dan kawasan landskap tetap berjalan lancar dan dari tahun ke tahun terdapat taman baru yang dibuka kepada orang ramai bertujuan untuk memberi keselesaan terutama kepada penduduk sekitar dan juga wargakota serta pengunjung-pengunjung dari luar Kuala Lumpur.
Visi
Ke arah merealisasikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya tropika lestari bertaraf dunia menjelang 2020.
Misi
Pembangunan landskap bandar yang indah, bersih dan kemas dengan ciri-ciri rekabentuk pengindahan yang dinamik dan menyeluruh bagi kepuasan semua wargakota dan pelancong.
Hubungi Kami
- Telefon: 03-2617 6404
- Faks: 03-2698 3850
- Emel: jlr[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Tingkat 13,19 & 20, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.
OBJEKTIF
– TIADA –
FUNGSI
– TIADA –
PIAGAM PELANGGAN
1.Merancang projek-projek landskap sekurang-kurangnya 6 bulan
2. Merekabentuk landskap boleh disiapkan bagi:
- Projek Besar ( Bajet : Melebihi RM5 juta) – 6 bulan
- Projek Sederhana (Bajet : RM1 juta – RM5 juta) – 3 bulan
- Projek Kecil (Bajet : Kurang RM500K) – 1 bulan
3. Memastikan projek-projek penanaman pokok dan landskap dilaksanakan mengikut amalan terbaik selaras dengan wawasan ke arah menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Taman Tropika Lestari menjelang 2020.
4. Memastikan kawasan taman awam dan pokok-pokok rendang di kawasan awam sentiasa berada dalam keadaan bersih, cantik dan selamat kepada orang ramai.
5. Menanam pelbagai jenis pokok sebanyak 30,000 setahun.
6. Taman-taman awam dibuka mulai 6.00 pagi hingga 8.00 malam.
7. Memastikan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang dan sekah di bawah penyelenggaraan DBKL dibuat dalam tempoh 24 jam selepas mendapat maklumat.
8. Memastikan kerja-kerja membaikpulih kerosakan di taman permainan kanak-kanak diambil tindakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan juga dari pemeriksaan secara berkala di tapak.
9. Memastikan perkhidmatan hiasan bunga memenuhi kehendak pelanggan.
10. Menyediakan kemudahan untuk aktiviti / acara rekreasi di taman-taman awam sekurang-kurangnya 10 acara sebulan.
11. Memastikan akuan penerimaan kepada aduan awam dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan tindakan susulan diambil dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. Maklum balas seterusnya kepada pengadu dan tindakan penyelesaian dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
12. Memastikan kelulusan permohonan penggunaan sewa tapak rekreasi dalam taman awam dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh permohonan diterima. Setiap permohonan yang diluluskan akan dikeluarkan surat kebenaran di tapak. Manakala permohanan melalui surat ke Bahagian Pentadbiran akan diambil tindakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
13. Memastikan proses pembayaran kepada kontraktor dihantar ke Bahagian Semakan dan Pembayaran, Jabatan Kewangan dalam masa sepuluh (10) hari bekerja.