Profil Jabatan Pengangkutan Bandar
Latar Belakang Jabatan
Pada 1 Ogos 2015 Jabatan Pengangkutan Bandar telah digabungkan dengan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran dan dikenali sebagai Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar (JKPB).
Pihak pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan penyelarasan semula fungsi Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar (JKPB) dan melibatkan penjenamaan semula serta pewujudan jabatan kepada Jabatan Pengangkutan Bandar (JPB) berkuatkuasa pada 3 September 2019.
Jabatan ini bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi pengurusan, penyelenggaraan dan pembinaan projek kemudahan pengangkutan awam dan bandar, Integrated Transport Information System (ITIS), pengurusan lampu isyarat dan kawalan lalu lintas serta fungsi-fungsi lain yang berkaitan dengan pengurusan trafik dan kemudahan pengangkutan awam di Kuala Lumpur.
Visi
Mewujudkan Sistem Pengurusan Lalulintas di Kuala Lumpur setaraf dengan Bandaraya Utama dunia.
Misi
Menjadikan Sistem Pengurusan Lalulintas di Kuala Lumpur lebih efisien untuk keselesaan warga kota.
Hubungi Kami
- Telefon: 03-2028 2280
- Faks: 03-2693 9245
- Emel: jpb[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Tingkat 7 & 8, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
Objektif
- Mengurus Sistem Lalulintas dan menyediakan Informasi Trafik yang tepat dan terkini kepada pengguna jalan raya.
- Membina Kemudahan Tempat Letak Kereta yang lengkap dan sempurna.
PIAGAM PELANGGAN
Menghebahkan maklumat perubahan lalulintas, penutupan jalan, penutupan jalan lencongan jalan melalui Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS)-VMS dan laman media sosial (Facebook dan Twitter) sekurang-kurangnya 3 hari sebelum sesuatu acara dan aktiviti dijalankan.
Mengoperasikan semula lampu isyarat yang terpadam dalam tempoh 4 jam selepas aduan diterima kecuali lampu isyarat terputus bekalan elektrik akibat kabel/gangguan bekalan.
Memproses permohonan pelan pengurusan lalulintas bagi pelaksanaan kerja-kerja pembinaan didalam rizab jalan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.
Mengambil tindakan awal terhadap kerosakan kemudahan awam (perhentian bas, teksi, jejantas, pejalan kaki berbumbung) dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan diterima.
CARTA ORGANISASI