Profil Jabatan Kewangan
Latar Belakang Jabatan
Jabatan Bendahari diwujudkan pada tahun 1956 dan nama jabatan ini ditukarkan kepada Jabatan Kewangan mulai tahun 2003. Fungsi Jabatan Kewangan adalah untuk mengendalikan pengurusan kewangan DBKL yang terlibat dari segi pengurusan kutipan hasil, perbelanjaan, belanjawan dan penyediaan Penyata Kewangan Tahunan DBKL.
Visi
Menguruskan kewangan DBKL secara berkualiti untuk menjadikan DBKL sebagai organisasi pengurusan sebuah bandar raya bertaraf dunia.
Misi
Bersama menyumbang ke arah menyediakan maklumat kewangan yang berkualiti.
Hubungi Kami
- Telefon: 03-2617 9000
- Faks: 03-2691 8851
- Emel: jkew[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Tingkat 24 , Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
Objektif
- Memberi nasihat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam hal ehwal kewangan.
- Merancang, mengawal dan mengurus kewangan dan harta benda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
- Memaksimakan kutipan pendapatan dari sumber-sumber kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
- Membekalkan maklumat-maklumat kewangan terkini kepada pengguna-pengguna yang berkaitan.
- Mengurus perlindungan harta-harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Fungsi
Fungsi-Fungsi Jabatan Secara Keseluruhan
Fungsi Jabatan Kewangan adalah untuk mengendalikan pengurusan kewangan DBKL yang terlibat dari segi pengurusan kutipan hasil, perbelanjaan, belanjawan dan penyediaan Penyata Kewangan Tahunan DBKL serta mempertingkatkan perancangan dan kawalan kewangan yang lebih berkualiti.
Jabatan Kewangan juga memastikan tindakan penguatkuasaan kutipan cukai taksiran dilaksanakan mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 ke atas akaun-akaun tertunggak dan menyediakan maklumat-maklumat kewangan hasil bukan cukai / terimaan bukan hasil untuk tindakan penguatkuasaan kutipan hasil oleh jabatan pelaksana.
Fungsi-Fungsi Unit-Unit/Bahagian-Bahagian Jabatan
- Menyediakan sistem kewangan yang sistematik selaras dengan akta-akta yang digunapakai aturcara kewangan, peraturan-peraturan kewangan kerajaan dan juga piawaian perakaunan yang diterima umum.
- Mengutip hasil-hasil DBKL.
- Menyediakan maklumat kewangan untuk kegunaan semua pihak yang berkepentingan.
- Menyediakan belanjawan tahunan dengan mengutamakan kemudahan untuk pembayar cukai serta wargakota.
- Mengendalikan sistem bayaran yang cekap dan teratur
- Menyediakan sistem kawalan dalaman untuk memastikan pentadbiran kewangan selaras dengan akta dan peraturan yang digunapakai oleh DBKL.
- Menguruskan skim insurans untuk melindungi harta benda
- Menjadi ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Projek-Projek Khas dan Penswastaan oleh DBKL.
PIAGAM PELANGGAN
- Menyediakan bajet tahunan DBKL dan mendapatkan kelulusan Menteri Wilayah Persekutuan sebelum atau pada 31 Disember setiap tahun.
- Memberi perkhidmatan kaunter bayaran secara efisyen dengan memastikan waktu menunggu tidak melebihi 30 minit pada waktu puncak dan tidak melebihi 15 minit pada waktu biasa.
- Menyediakan bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap.
- Memastikan data-data cukai taksiran dihantar ke vendor yang dilantik untuk proses cetakan dan penghantaran bil cukai taksiran tidak lewat pada 15hb. Januari bagi penggal pertama dan pada 15hb. Julai bagi penggal kedua setiap tahun.
- Memastikan tindakan penguatkuasaan kutipan cukai taksiran dilaksanakan mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 ke atas akaun-akaun yang tertunggak.
- Menyediakan maklumat-maklumat kewangan status akaun hasil bukan cukai/ terimaan bukan hasil untuk tindakan penguatkuasaan kutipan hasil oleh jabatan pelaksana setiap 3 bulan.
- Memastikan semua hasil kutipan di bawah kendalian jabatan dibankkan pada hari yang sama manakala kutipan waktu malam/hari cuti dibankkan pada keesokkan hari bekerja.
- Memastikan notis tuntutan oleh pihak ketiga yang lengkap dikemukakan dalam tempoh 7 hari bekerja kepada pihak insurans yang dilantik.
- Memastikan akuan penerimaan kepada aduan awam dibuat dalam tempoh 1 hari bekerja dan tindakan susulan diambil dalam tempoh 3 hari bekerja. Maklumbalas seterusnya dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
- Memastikan pembayaran kepada agensi kerajaan seperti KWSP, KWAP, LHDN yang dibuat pemotongan dari gaji kakitangan dibayar dalam tempoh 7 hari dari tarikh gaji dibayar.