Profil Jabatan Pengurusan Maklumat
Latar Belakang Jabatan
Pelaksanaan ICT di DBKL bermula seawal tahun 1970. Ia dilakukan secara teragih (stand alone system) oleh beberapa jabatan mengikut keperluan dan kegunaan masing-masing, melalui penyeliaan Bahagian Teknologi Maklumat di mana pada ketika itu diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Kewangan.
Pada tahun 1998 perkembangan ICT di DBKL memasuki lembaran baru apabila pentadbiran DBKL mengambil langkah drastik dengan menubuhkan Unit Multimedia bagi melaksanakan projek E-Kerajaan sejajar dengan Agenda ICT Kebangsaan (NITA) dan Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor).
Ekoran itu juga pada 1 Julai 2002 Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) ditubuhkan secara rasmi.
Mulai 1 Julai 2011, jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Pengurusan Maklumat (JPM).
Sebagai sebuah jabatan, skop, peranan dan tanggungjawab JPM menjadi bertambah besar dan luas. Ia bukan sahaja memberi khidmat kepada pengguna dalaman malah turut melibatkan masyarakat serta organisasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Justeru perkembangan ini perlu diimbangi dengan pertambahan tenaga kerja ICT yang mencukupi, bertaraf tetap dan kekananan serta berautoritatif bagi menjalankan tugas-tugas pembangunan dan pelaksanaan ICT dengan lebih berkesan.
Visi
ICT sebagai pembolehdaya strategik ke arah merealisasikan DBKL sebagai sebuah PBT yang terunggul.
Misi
Membudaya dan memperkasa ICT melalui jaringan digital yang mapan dan mantap ke arah penyampaian perkhidmatan cemerlang.
Hubungi Kami
- Telefon: 03-2028 2078
- Faks: 03-2693 6649
- Emel: jpm[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Tingkat 11, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
OBJEKTIF
- Melaksana dan memantau teknologi ICT yang terbaik di DBKL sejajar dengan Dasar ICT Kerajaan khususnya Agenda ICT Kebangsaan (NITA) dan Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor).
- Merancang, melaksana dan memantau Pelan Strategik ICT (ISP) yang menyokong visi, misi dan objektif DBKL.
- Melaksanakan khidmat sokongan sistem ICT yang terbaik bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan DBKL kepada warga kota Kuala Lumpur.
- Melaksanakan khidmat sokongan teknikal ICT yang terbaik kepada jabatan- jabatan pengguna.
- Melaksana dan memantau perkhidmatan rangkaian DBKLnet supaya beroperasi dengan selamat dan sepenuh masa (24jam x 7 hari).
- Melaksana dan memantau sistem latihan teknikal untuk staf DBKL supaya mencapai tahap penggunaan ICT 100% selepas penyerahan sistem yang dibangunkan.
- Melaksanakan program pembangunan staf JPM yang dilengkapi dengan maklumat teknologi ICT terkini dalam usaha menyediakan kemahiran dan kepakaran bagi memberi sokongan dan nasihat terbaik kepada jabatan pengguna di DBKL.
- Melaksanakan penambahbaikan berterusan ke atas sistem aplikasi supaya penyampaian perkhidmatan DBKL sentiasa berada di tahap terbaik.
- Melaksana dan menyokong program-program pembangunan ICT DBKL.
Kini sebagai sebuah jabatan, skop, peranan dan tanggungjawab Jabatan Pengurusan Maklumat menjadi bertambah besar dan luas. Ia bukan sahaja memberi khidmat kepada pengguna dalaman tetapi juga mewakili organisasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
FUNGSI
Bagi menjadikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai pejabat berelektronik dan Paperless Office, Jabatan Pengurusan Maklumat berfungsi untuk:
- Merancang, menyelaras, membangun dan mengawalselia pembangunan serta pengkomputeran ICT di semua jabatan di DBKL dalam meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan.
- Menyediakan kemudahan infrastruktur rangkaian dan telekomunikasi yang reliable dan selamat bagi menyokong pelaksanaan pengkomputeran ICT.
- Merancang, menyelaras dan memberi perkhidmatan pengurusan dan pentadbiran server dan sokongan teknikal ICT dalam menyediakan kelengkapan ICT yang terkini.
- Menyediakan prasarana internet dan mail elektronik untuk kemudahan di kalangan warga DBKL dan juga antara agensi kerajaan dengan swasta dan orang ramai dalam memudah dan mempercepatkan capaian maklumat dan komunikasi ke arah paperless.
- Merancang, membangun dan menyelenggara portal dan laman web DBKL dalam menyalurkan informasi jabatan dan aktiviti semasa DBKL kepada warga kota dan kakitangan DBKL dengan tepat dan cepat.
PIAGAM PELANGGAN
- Penyediaan dokumen tawaran bagi permohonan yang lengkap akan disiapkan dalam tempoh 3 bulan selepas mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Belanjawan Pembangunan Sistem DBKL.
- Pembangunan produksi multimedia akan dilaksanakan dalam tempoh 30 hari bekerja setelah mendapat maklumat lengkap dari Jabatan Pengguna.
- Semua aduan, pertanyaan ICT dan masalah perkakasan, perisian, sistem serta rangkaian yang dihadapi oleh pengguna akan diberi maklumbalas awal dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
- Mengemaskini semua portal dan laman web DBKL dalam tempoh 3 hari bekerja selepas maklumat lengkap diterima.
- Memastikan ketersediaan perkhidmatan server dan rangkaian pada tahap sekurang kurangnya 95%. (Tidak termasuk penyelenggaraan berkala).
- Memastikan preventive maintenance untuk penyenggaraan server, rangkaian, sistem aplikasi dan perkakasan dilaksanakan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.