Profil Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Latar Belakang Jabatan
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta ditubuhkan pada tahun 1958 dikenali sebagai Pejabat Penilaian Perbandaran. Pada tahun 1975 jabatan ini telah diberi nama baru iaitu Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selaras dengan fungsi jabatan iaitu membuat penilaian dan pengurusan harta. Fungsi utama jabatan adalah membuat penilaian cukai taksiran ke atas kira-kira 645,658 harta persendirian di WPKL yang menyumbang pendapatan sejumlah RM1,306,809,903.12 sehingga Januari 2020.
Jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah Jusa C dan dibantu oleh 2 orang Timbalan Pengarah Kanan W54, 2 orang Timbalan Pengarah W52 dan 4 orang Ketua Penolong Pengarah W48/J48 serta 23 orang pegawai Kumpulan A. Jumlah kakitangan jabatan ini sehingga tahun 2020 ialah seramai 302 orang kakitangan.
Visi
Bersatu tenaga secara cekap dan produktif ke arah meningkatkan hasil pencukaian taksiran DBKL.
Misi
Memberi perkhidmatan penilaian harta yang cekap, bermutu, mesra dan tepat.
Hubungi Kami
- Telefon: 03-2617 1000
- Faks: 03-2693 7119
- Emel: jpph[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Tingkat 5, Menara TH Perdana, 1001, Jalan Sultan Ismail, 50350 Kuala Lumpur.
OBJEKTIF
Memastikan hartanah persendirian di WPKL dinilai bagi maksud cukai taksiran selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976, mengurus hartanah Datuk Bandar serta memberi khidmat nasihat nilaian hartanah untuk jabatan dalaman DBKL dengan efisyen dan berkesan.
FUNGSI
- Membuat penilaian cukai taksiran ke atas hartanah persendirian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Membuat penilaian caruman membantu kadar ke atas harta milik Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun.
- Membuat penilaian nilai pasaran, nilai pampasan, nilai sewa, nilai pajakan, nilai insuran dan kajian kemungkinan bagi harta-harta milik DBKL atau yang dicadang dibeli/disewa/diambil balik oleh DBKL.
- Membuat penilaian caj pembangunan mengikut permintaan dari Jabatan Perancang & Kawalan Bangunan DBKL.
- Mengurus permohonan tanah, sewaan tanah dan bayaran cukai tahunan bagi tanah-tanah milik DBKL.
- Mengurus dan menyelenggara bangunan pejabat, kilang, pangsapuri dan kondominium milik DBKL.
- Mengurus permohonan hakmilik strata bagi perumahan awam milik DBKL.
- Mengawal selia pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam melaksanakan fungsi Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur.
PERKHIDMATAN KAMI
1. PERKHIDMATAN KAUNTER SENARAI NILAIAN DI JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA, DBKL
Kaunter di sini menyediakan kemudahan kepada wargakota untuk perkhidmatan carian untuk permohonan mendapatkan maklumat pemilikan serta kemaskini hakmilik melalui Borang I & J dan tukar alamat surat menyurat untuk bil cukai taksiran.
Kaunter dibuka pada hari dan waktu di bawah:
ISNIN – JUMAAT | : | 8.30 pagi – 4.30 petang |
REHAT | : | |
ISNIN – KHAMIS | : | 1.00 petang – 2.00 petang |
JUMAAT | : | 12.15 tengahari – 2.45 petang |
KAUNTER DITUTUP PADA CUTI UMUM DAN HARI KELEPASAN AM
(Nama Pegawai: Encik Muhamad Saiful Azhar Bin Zainudin,
Telefon: 603-2617 1036/1037/1038)
2. PENGEMASKINIAN PERTUKARAN HAKMILIK MELALUI BORANG BORANG I & J
Setiap proses pengemaskinian pertukaran hakmilik melalui Borang I & J hendaklah dikemukakan dokumen seperti berikut:
- Salinan Perjanjian Jual Beli atau Geran
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik Baru
- Salinan Cukai Taksiran yang telah dijelaskan
- Jika Syarikat hendaklah mengemukakan maklumat SSM
3. PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT PEMILIKAN HARTA
Apabila membuat carian, hendaklah menyediakan maklumat berikut:
- Nombor Lot
- Nama Jalan
- Seksyen
- Pelan Kedudukan Harta
Setiap carian di bawah akan dikenakan bayaran sebanyak RM42.40 (termasuk GST) dan maklumat yang akan diberikan adalah seperti berikut:
- Pemilik Harta
- Alamat Harta
- Nombor Lot
- Cukai yang dikenakan serta
- Lain-lain perkara berkaitan dengan cukai taksiran
PIAGAM PELANGGAN
- Meminda Senarai Nilaian bagi hartanah yang dibenarkan di bawah Seksyen 144 Akta Kerajaan Tempatan 1976 seperti bangunan baru, tambahan atau ubahsuaian dan perobohan sebanyak 4 kali setahun iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai, dan 1 Oktober setiap tahun. Tarikh kuatkuasa pindaan Senarai Nilaian bagi bangunan baru adalah 6 bulah selepas tarikh keluaran Perakuan Menduduki Sementara Bangunan (TCF), Perakuan Menduduki Bangunan(CF), Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) atau Borang F.
- Mengeluarkan Notis Pemberitahuan kepada pemilik harta mengenai pindaan Nilai Tahunan selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh pendengaran bantahan.
- Mengeluarkan Notis Panggilan Mendengar Bantahan kepada pemilik yang mengemukakan bantahan terhadap pindaan Nilai Tahunan secara bertulis dan dalam tempoh yang dibenarkan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh pendengaran bantahan.
- Mengeluarkan keputusan Pendengaran Bantahan cukai taksiran dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh pendengaran bantahan.
- Menjelaskan bayaran cukai tanah tahunan bagi tanah-tanah milik Datuk Bandar Kuala Lumpur di bawah seliaan jabatan sebelum 31 Mei setiap tahun.
- Memaklumkan Jabatan Kewangan bahawa kerja-kerja pindaan Senarai Nilaian telah disempurnakan sebelum 1 Januari, 1 April, 1Julai dan 1 Oktober setiap tahun.
- Menyediakan laporan penilaian bagi maksud caj pembangunan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Menyediakan laporan hasil siasatan tanah sebanyak dua (2) kali setahun.
- Mengemukakan permohonan tanah bagi maksud hakmilik rizab atau TOL dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Mengeluarkan Sijil Perakuan Penubuhan Badan Pengurusan Bersama dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Memastikan Notis Penubuhan Badan Pengurusan Bersama dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan senarai bangunan berstrata yang telah dinilai Cukai Taksiran pada setiap penggal penilaian.
- Mengeluarkan keputusan permohonan penyewaan bangunan yang diurus oleh jabatan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penyewaan Tanah dan Bangunan.
- Mengeluarkan Surat Tawaran Menyewa Dewan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan resit cagaran lengkap bersama dokumen berkaitan.
- Mengeluarkan Notis Peringatan Tunggakan Sewa pada setiap dua (2) bulan kepada penyewa yang mempunyai tunggakan sewa.