Profail Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB)
Latar Belakang Jabatan
Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) Kuala Lumpur telah diwujudkan pada 12 April 2007 selaras dengan kuatkuasa Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) [telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) bermula 1 Jun 2015].
COB diletakkan sebagai sebahagian daripada Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta (JPPH), DBKL. Bahagian ini berperanan sebagai pelaksana dan pengawalseliaan perundangan berhubung pengurusan dan penyenggaraan bangunan dan harta bersama berstrata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Disamping itu, bahagian ini turut memainkan peranan dari aspek kelestarian yang melibatkan kesejahteraan dan keharmonian diantara pihak pemaju, pembeli dan pemilik di kawasan pemajuan bertingkat (berstrata).
Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur manakala Pengarah Eksekutif (Perancangan) dan Pengarah Eksekutif (Pengurusan) merupakan Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur.
Dalam melaksanakan apa-apa arahan am atau khas, kuasa dan kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur, sehingga tahun 2018 seramai 39 orang kakitangan ditempatkan di bahagian COB. Bahagian COB diketuai oleh Timbalan Pengarah Kanan W54 selaku Ketua Bahagian dan dibantu oleh Timbalan Pengarah W52 merangkap Timbalan Ketua Bahagian bersama-sama 8 orang Pegawai Kumpulan A.
Visi
Memastikan kehidupan yang berkualiti, harmoni, dan selesa bagi pemajuan berstrata.
Misi
Semua kawasan pemajuan berstrata mempunyai Badan Pengurusan yang dapat menjalankan pengurusan dan penyenggaraan bangunan dan harta bersama dengan baik.
Hubungi Kami
- Telefon: 03-2617 1129 / 1130 (Pengurusan COB) / 03-2617 1000 (Kaunter COB)
- Faks: 03-2638 1262
- Emel: cob[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Tingkat 15, Menara Bumiputra-Commerce No. 11, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
OBJEKTIF
Memastikan pemilik, pemaju, JMB dan MC melaksanakan dan menguatkuasakan segala peruntukan Akta 757 yang mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 2015.
FUNGSI
- Memantau pemfailan dan membuat semakan terhadap Jadual Petak dan unit syer yang diumpukkan bagi kawasan pemajuan baru / lama (jika berkenaan) oleh pihak Pemaju / JMB.
- Memantau penubuhan JMB kali pertama melalui pemfailan notis mengenai niat pemaju menyerahkan milikan kosong.
- Memantau penubuhan MC kali pertama setelah tamat tempoh permulaan iaitu sekurang-kurangnya satu perempat daripada unit syer agregrat telah dipindah milik.
- Memberi khidmat nasihat dan memantau perjalanan sesuatu mesyuarat agung selanjutnya yang diadakan oleh JMB/ MC.
- Memberikan khidmat nasihat mengenai permasalahan undang-undang / akaun / teknikal / pengurusan / penyenggaraan yang melibatkan Pemaju / JMB / MC dan bertindak sebagai ‘mediator’ sekiranya perlu.
- Memantau pemfailan akaun teraudit yang diperakui benar oleh Pemaju / JMB / MC.
- Memantau aduan teknikal / kerosakan yang melibatkan Pemaju / JMB / MC / pembeli / pemilik.
- Membuat lantikan dan memantau ejen pengurusan oleh COB.
- Melaksanakan tindakan penguatkuasaan.
- Memproses permohonan bersumpah untuk waran penahan oleh Pemaju / JMB / MC.
- Membuat semakan Undang-Undang Kecil Tambahan yang difailkan oleh Pemaju / JMB / MC.
- Mengemaskini daftar harta yang melibatkan JMB / MC.
- Melaksanakan latihan, program dan aktiviti yang melibatkan COB / JMB / MC / pembeli / pemilik.
- Menyediakan garis panduan / Standard Operation Procedure (SOP) kepada JMB / MC / pembeli / pemilik.
- Menyediakan perkhidmatan carian data JMB / MC (*tertakluk kepada kelulusan Ketua / Timbalan Ketua Bahagian COB). Setiap carian berkenaan akan dikenakan fee carian berdasarkan bilangan data seperti berikut:
1.PERKHIDMATAN KAUNTER SENARAI NILAIAN DI JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA, DBKL
Kaunter di sini menyediakan kemudahan kepada wargakota untuk perkhidmatan carian untuk permohonan mendapatkan maklumat pemilikan serta kemaskini hakmilik melalui Borang I & J dan tukar alamat surat menyurat untuk bil cukai taksiran.
Kaunter dibuka pada hari dan waktu di bawah:
ISNIN – JUMAAT : 8.30 pagi – 4.30 petang REHAT : ISNIN – KHAMIS : 1.00 petang – 2.00 petang JUMAAT : 12.15 tengahari – 2.45 petang KAUNTER DITUTUP PADA CUTI UMUM DAN HARI KELEPASAN AM
(Nama Pegawai: Encik Muhamad Saiful Azhar Bin Zainudin,
Telefon: 603-2617 1032/ 603-26171033)2. PENGEMASKINIAN PERTUKARAN HAKMILIK MELALUI BORANG BORANG I & J
Setiap proses pengemaskinian pertukaran hakmilik melalui Borang I & J hendaklah dikemukakan dokumen seperti berikut:
- Salinan Perjanjian Jual Beli atau Geran
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik Baru
- Salinan Cukai Taksiran yang telah dijelaskan
- Jika Syarikat hendaklah mengemukakan maklumat SSM
3.PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT PEMILIKAN HARTA
Apabila membuat carian, hendaklah menyediakan maklumat berikut:
- Nombor Lot
- Nama Jalan
- Seksyen
- Pelan Kedudukan Harta
Setiap carian di bawah akan dikenakan bayaran sebanyak RM40.00 dan maklumat yang akan diberikan adalah seperti berikut:
- Pemilik Harta
- Alamat Harta
- Nombor Lot
- Cukai yang dikenakan serta
- Lain-lain perkara berkaitan dengan cukai taksiran