Profil Jabatan Pentadbiran
Latar Belakang Jabatan
Ditubuhkan pada tahun 1970 dan dikenali sebagai Urusetia Bandaraya. Pada 1 Januari 1996, Bahagian Pentadbiran dan Urusetia Bandaraya bersama Jabatan Personel telah digabungkan dan diwujudkan Jabatan Pengurusan Organisasi (JPO).
Pada 15 Ogos 2003, Jabatan Pentadbiran berfungsi dengan sendirinya yang menggabungkan empat bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Perpustakaan, Bahagian Pengurusan Perolehan serta Unit Urus Bangunan dan Unit Jawatankuasa Tindakan. Pada Januari 2006, Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa telah diletakkan di bawah Jabatan Pentadbiran.
Selepas penstrukturan semula DBKL pada Julai 2011, Unit Komunikasi Korporat (dahulunya dikenali sebagai Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa), Unit Reprografi dan Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) telah dipisahkan daripada Jabatan Pentadbiran. Pada Februari 2014, PKL diletakkan semula di bawah Jabatan Pentadbiran sehingga 1 Ogos 2015. Mulai tarikh tersebut, sekali lagi PKL dipisahkan daripada Jabatan Pentadbiran. Bahagian Pengurusan Rekod juga telah dipindahkan ke PKL, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar berkuatkuasa pada 3 Disember 2018. Hanya Unit Reprografi sahaja tetap kekal di bawah Jabatan Pentadbiran sehingga sekarang.
Kini, Jabatan Pentadbiran mempunyai tiga bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran & Keurusetiaan, Bahagian Pengurusan Aset & Bangunan dan Bahagian Pengurusan Perolehan.
Visi
Menjadi penanda aras yang dapat memberikan perkhidmatan dan tadbir urus yang terbaik dan berkualiti.
Misi
Memenuhi ekspektasi pelanggan melalui perkhidmatan yang berteraskan integriti dan profesionalisme.
Hubungi Kami
- Telefon: 03-2617 9000
- Faks: 03-2694 9151
- Emel: jptd[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Tingkat 4, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
OBJEKTIF
Memastikan tadbir urus pengurusan perolehan, aset, bangunan, keurusetiaan majlis dan mesyuarat utama dilaksanakan mengikut dasar, perundangan/peraturan dan garis panduan semasa.
FUNGSI
- Menyelaras dan menguruskan Mesyuarat Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur dan Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan
- Menyelaras maklum balas Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi DBKL
- Menyelaras dan menguruskan pengurusan perolehan Datuk Bandar Kuala Lumpur
- Menyelaras dan menguruskan proses pengurusan Aset Alih Datuk Bandar Kuala Lumpur
- Menyelaras dan menguruskan tugas-tugas yang merangkumi pelantikan, pengauditan, penyelarasan, laporan dan Kursus Keselamatan Perlindungan DBKL
- Menyelaras pengurusan Menara DBKL 1, Menara DBKL 2 dan Menara DBKL 3.
- Menyelaras dan menguruskan permohonan penyewaan dan penggunaan venue-venue seperti Dataran Merdeka, Auditorium, Dataran DBKL, Dewan Megapuri dan bilik-bilik mesyuarat utama DBKL
- Menguruskan petak letak kenderaan di Menara DBKL 1, Menara DBKL 2, Menara DBKL 3, Quill City Mall dan Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Baru.
- Menyelaras acara rasmi peringkat DBKL, Wilayah Persekutuan dan Kebangsaan
- Menyelaras perkhidmatan panel kontraktor untuk caterer, billboard, bunting dan pakaian seragam (majlis keagamaan)
- Menyelaras penyediaan Laporan Tahunan DBKL
- Mengurus penghantaran serta penerimaan surat-surat dan bungkusan
- Menguruskan hal ehwal percetakan
- Menyediakan / Mengeluarkan dan menggantikan kad e-akses kakitangan / pelajar latihan praktikal / pelawat / kontraktor DBKL
PERKHIDMATAN KAMI
- Penyewaan Dataran Merdeka
- Penyewaan Auditorium
- Penggunaan Dataran DBKL
- Penggunaan Bilik Lembaga dan Bilik Putra Tingkat 29, Bilik Mesyuarat Tingkat 3 dan Bilik Gerakan, Tingkat 3, Dewan Megapuri Tingkat 30 (untuk kegunaan DBKL sahaja)
PIAGAM PELANGGAN
- Mengesahkan pendaftaran kontraktor yang mengemukakan dokumen lengkap melalui sistem e-perolehan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
- Memaparkan senarai petender yang berjaya di laman Web DBKL dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas Mesyuarat Sebut Harga / Lembaga Perolehan bersidang.
- Mengeluarkan keputusan untuk penggunaan dan penyewaan kemudahan Dataran Merdeka, Dataran DBKL dan Auditorium DBKL dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan Pengurusan Tertinggi.
- Mengeluarkan keputusan untuk penggunaan dan penyewaan kemudahan Dewan Megapuri, Bilik Gerakan, Bilik Biru dan Bilik Mesyuarat Utama dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh surat permohonan dimuatnaik dalam sistem e-booking.
- Mengemaskini Rekod Pengguna Sistem e-Aset dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima daripada Jabatan.
- Pemakluman kelulusan tuntutan Bil Panggilan Rasmi dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan.
- Pemakluman kelulusan tuntutan pembelian telefon mudah alih atas urusan rasmi dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan.
- Memproses permohonan lengkap bagi kad akses kakitangan baru dan pengantian (rosak / hilang) dalam tempoh satu (1) jam.
CARTA ORGANISASI
