Profil Jabatan Perancangan Ekonomi Dan Pembangunan
Latar Belakang Jabatan
Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan (JPEP) terbahagi kepada 2 bahagian utama fungsi seperti berikut :
Bahagian Pentadbiran dan Pembangunan
- Mengurus tadbir hal-hal berkaitan pentadbiran dan kewangan Jabatan..
- Menyelaras dan memproses permohonan dan pelaksanaan struktur-stuktur telekomunikasi di Kuala Lumpur.
- Merangka dan menyedia pelaporan Outcome bagi projek-projek pembangunan yang telah dilaksanakan.
- Merancang, memantau, menyelaras, menyedia dan mengagih peruntukkan bajet pembangunan bagi projek-projek pembangunan yang ingin dilaksanakan.
- Menyelaras pembangunan infrastruktur dan bekalan Projek Kecil.
- Menguruskan isu-isu berkaitan struktur dan kependudukan setinggan.
- Mengurus serta memantau kedudukan hartanah unit-unit kuota bumiputera serta menyelaras permohonan pelepasan unit-unit kuota bumiputera
Bahagian Penswastaan
- Menyelaras perolehan dan pelaksanaan projek-projek penswastaan.
- Menentukan hala tuju/dasar/garis panduan kesesuaian tanah untuk dibangunkan projek penswastaan melalui penjualan tanah, usahasama land swap dan pajakan
- Medium pengantara wargakota bagi urusan-urusan permohonan unit-unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).
- Memproses permohonan pindah milik bagi unit kediaman/komersil yang belum memiliki status strata
Visi
Ke arah merancang pembangunan sosioekonomi yang mampan dan dinamik bagi mencapai negara maju dan masyarakat sejahtera.
Misi
Mencapai satu bentuk pembangunan yang seimbang melalui perancangan ekonomi bandar yang menyeluruh dan bersepadu selaras dengan dasar pembangunan negara.
Hubungi Kami
- Telefon: 03-2617 9116
- Faks: 03-2691 9024
- Emel: jpepp[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Tingkat 25-26, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
OBJEKTIF
Mewujudkan bandar raya Kuala Lumpur bertaraf dunia yang maju, indah, sejantera dan beridentiti tersendiri berdasarkan strategi perancangan yang mengarah kepada penyediaan infrastruktur, pembangunan sosio ekonomi serta kemudahan sosial disamping meningkatkan kualiti hidup dari aspek sosio budaya dan persekitaran mesra insan.
FUNGSI
- Menyelaras penyediaan bajet pembangunan dan pengagihan sumber kewangan bagi projek-projek pembangunan;
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan penswastaan;
- Menilai kemajuan dan pencapaian projek pembangunan dan penswastaan;
- Mengenalpasti dan membuat kajian penyelidikan sosio ekonomi; dan
- Menyelaras tindakan dan maklumbalas dengan institusi sosial dan politik serta agensi-agensi kerajaan dan swasta di luar DBKL.
PIAGAM PELANGGAN TAHUN 2023
- Mengemaskini prestasi kemajuan projek-projek pembiayaan kerajaan dalam status pelaksanaan melalui Sistem Myprojek yang diselia oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada setiap bulan.
- Memastikan permohonan pelepasan unit kuota bumiputera diberi maklumbalas dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh mesyuarat.
- Memberi maklumbalas terhadap permohonan baharu pembelian tanah, pajakan tanah dan projek usahasama dalam tempoh 7 hari bekerja selepas keputusan mesyuarat di peringkat pengurusan diterima.
- Memproses dokumen dan pelan-pelan cadangan pembangunan untuk tujuan kebenaran perancangan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
- Menguruskan dokumen yang melibatkan sub-sale dalam tempoh masa 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
CARTA ORGANISASI
