Profil Jabatan Perancangan Infrastruktur

Latar Belakang Jabatan

Jabatan Perancangan Infrastruktur telah ditubuhkan pada 1 Julai 2011 dengan tujuan merancang dan mengawal pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Visi

Mewujudkan perancangan dan kawalan pembangunan infrastruktur yang efisien di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Misi

1. Mengawal kerja-kerja pembangunan infrastruktur melalui kelulusan Kerja Tanah, Jalan dan Perparitan, Pembentung Pintu Masuk dan Perakuan Aliran Sirkulasi Dalaman dan Tempat Letak Kereta.
2. Merancang pembangunan infrastruktur jalan dan perparitan dengan bertanggungjawab memproses, menyemak dan menyediakan ulasan berkaitan dengan serahan tanah rizab jalan di peringkat kebenaran merancang.
3. Memastikan infrastruktur jalan dan perparitan yang dibina oleh pihak pemaju mematuhi pelan kelulusan dengan baik dan berfungsi dengan sempurna.

Hubungi Kami

FUNGSI

Fungsi utama Jabatan ini adalah:

  1. Merancang keperluan serahan jalan dan menaiktaraf jalan sediada berdasarkan kajian Impak Trafik bagi projek pembangunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

  2. Merancang keperluan serahan parit induk dan kolam tadahan bagi projek pembangunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

  3. Membuat kawalan pembangunan dari segi permohonan pelan kelulusan kerja tanah, jalan dan perparitan, tempat letak kereta, sistem pengurusan air hujan(MSMA) dan pengeluaran sokongan G17 (Jalan dan Perparitan) untuk pengeluaran CCC.

  4. Memproses permohonan permit angkut bahan.

  5. Berperanan dalam pemberian alamat pada setiap bangunan, mengisytiharkan jalan persendirian kepada jalan awam, menyediakan pelan-pelan kejuruteraan jalan raya, menyimpan rekod pelan piawaian dan menjadi sekretariat kepada Jawatankuasa Teknikal Nama Geografi untuk Nama Jalan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Skip to content