Jaringan Antarabangsa : ASEAN Senior Officials’ Meetings (SOM) /Meeting Of Governors/Mayors Of ASEAN Capital (MGM)

ASEAN SOM/MGM merupakan platform perbincangan, pertukaran pandangan dan pendapat serta pengalaman berkaitan hal-hal perbandaran di antara bandar raya-bandar raya ASEAN sesama Datuk Bandar/ Governor ASEAN. SOM diadakan sebelum MGM. SOM diadakan bagi meneliti perincian lanjut dan bergerak ke arah persediaan MGM. Platform perbincangan ini melibatkan ibu negara bandar raya ASEAN iaitu Kuala Lumpur, Malaysia; Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam; Jakarta, Indonesia; Vientiane Capital, The Lao People’s Democratic Republic; Singapura; Bangkok, Thailand; Hanoi, Viet Nam; Phnom Penh, Cambodia; Manila, Filipina; dan Naypyidaw, Myanmar. Platform ini mula dianjurkan oleh Jakarta, Indonesia pada 2013 dan pusingan penganjur SOM/MGM adalah ibu kota yang memegang chairmanship ASEAN.

Skip to content