Jaringan Antarabangsa : C40 Cities Climate Leadership Group (C40)
C40 ditubuhkan pada Oktober 2005. C40 merupakan jaringan antarabangsa melibatkan bandar-bandar utama yang mewakili 700+ ahli, yang komited menangani isu berhubung perubahan iklim. C40 menyokong bandar-bandar antarabangsa dengan mendorong kolaborasi yang berkesan, berkongsi amalan terbaik yang efektif dan mendorong bandar ke arah tindakan perubahan iklim yang bermanfaat, mampan dan boleh diukur. Sekretariat beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat, manakala pejabat serantau adalah di Singapura. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.c40.org