Jaringan Antarabangsa : Council Promotion of Tourism in Asia (CPTA)
Council Promotion of Tourism in Asia (CPTA) merupakan jaringan antarabangsa yang memberi tumpuan kepada kempen promosi pelancongan. 10 bandar raya dalam jaringan ini melibatkan Kuala Lumpur, Malaysia; Bangkok, Thailand; Delhi, India; Hanoi, Vietnam; Jakarta, Indonesia; Manila, Filipina; Seoul, Korea, Taipei, Taiwan; Tomsk, Russia; dan Tokyo, Jepun. Sekretariat beribu pejabat di Tokyo, Jepun. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.welcomeasia.jp