Sempena dengan Sambutan World Cleanup Day dan Sambutan Hari Malaysia yang ke-60, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada hari ini telah menganjurkan Program Jom Bersih KL bertempat di Dataran DBKL.
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL.
Objektif program ini adalah meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dan kelestarian alam sekitar melalui pelbagai aktiviti berkaitan kebersihan.
Selain daripada di Dataran DBKL, program ini juga dijalankan serentak di 11 lokasi lain di setiap kawasan parlimen.
Program ini juga turut melibatkan penglibatan pelbagai agensi, jabatan, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), komuniti setempat serta sukarelawan daripada pihak NGO seperti Malaysian Humanitarian Foundation (MHF).
Turut hadir dalam program tersebut adalah YB Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Bukit Bintang dan pengarah-pengarah jabatan dalaman DBKL.
Diharapkan melalui program seumpama ini dapat melahirkan wargakota yang mempunyai semangat cintakan Kuala Lumpur dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan persekitaran.