Kakitangan DBKL Tunjuk Bakat Dalam Pertandingan Sketsa

Sempena Sambutan Jubli Emas Bandar Raya Kuala, DBKL melalui Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan DBKL telah mengadakan pertandingan sketsa yang bertemakan sambutan jubli emas.
 
Seniwati Fauziah Nawi bersama Saudara Shahrul Zaman telah bertindak sebagai juri bagi pertandingan tersebut.
 
YBhg Datuk SR Kamarulzaman bin Mat Salleh, Pengarah Eksekutif Pengurusan dan YBrs En Nasrul Zaki bin Mohd Yunus, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan DBKL telah meluangkan masa untuk menyempurnakan sesi penyampaian hadiah kepada kesemua pemenang dimana johan bagi pertandingan tersebut telah di sandang oleh Jabatan Kebudayaan Kesenian Kebudayaan dan Sukan, bagi naib johan telah di sandang oleh Jabatan Pentadbiran dan tempat ketiga diperolehi oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrik.
 
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
294040595_590354949319865_2770525954796872270_n
294075153_590355109319849_5743107813390240718_n
294908140_590355262653167_8738628962737273997_n
294875719_590356085986418_6760074924569105854_n
Skip to content