KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Berkenan Bercemar Duli Berangkat Ke Majlis Pengurniaan Hari Raya Aidiladha Komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024

Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di atas perkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Pengurniaan Hari Raya Aidiladha Komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 anjuran PUSPANITA Kebangsaan yang telah berlangsung pada 13 Jun 2024 bertempat di Dewan Komuniti Setiawangsa.

Pada majlis tersebut, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada 500 orang golongan miskin tegar dan miskin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sumbangan berupa bantuan wang tunai dan bakul makanan berisi barang keperluan asas telah disampaikan kepada penerima bagi meringankan beban untuk menyambut hari raya Aidiladha yang bakal menjelang.

Turut hadir, YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Penaung PUSPANITA Kebangsaan, YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),  YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa, YBhg. Puan Sri To’ Puan Seri Norizam Che Mohd Nor, Yang Dipertua PUSPANITA, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri PMgr Sr Haji Kamarulzaman Bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Berkenan Bercemar Duli Berangkat Ke Majlis Pengurniaan Hari Raya Aidiladha Komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024

Previous DBKL Tutup Premis Pelacuran

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

4395251
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

22-07-2024
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Berkenan Bercemar Duli Berangkat Ke Majlis Pengurniaan Hari Raya Aidiladha Komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Berkenan Bercemar Duli Berangkat Ke Majlis Pengurniaan Hari Raya Aidiladha Komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024
Skip to content