Kemeriahan Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Jubli Emas Kuala Lumpur

Malam tadi telah diadakan satu majlis makan malam yang meriah di Taman Botani Perdana melibatkan kehadiran 60 Duta dan Pesuruhjaya Tinggi asing serta 20 Pertubuhan Antarabangsa yang berada di Kuala Lumpur.
 
Tidak dinafikan, hubungan yang erat di antara DBKL dan kedutaan asing selama ini telah membawa kepada jalinan kerjasama bersama bandaraya-bandaraya dunia yang lain yang menjadi antara penyumbang kepada perancangan pembangunan bandaraya Kuala Lumpur.
 
Majlis yang dihoskan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur ini diserikan dengan kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan.
287354708_564782055210488_2312060227487477466_n
287051502_564830378538989_1126823010581593980_n
287464216_564782348543792_8453579249506991565_n
287000816_564782148543812_219941698393051857_n
Skip to content