Kenyataan Kerja Undi Secara Dalam Talian Bil. 2/2022

Kontraktor Bumiputera Tempatan yang berdaftar dalam sistem e-perolehan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB) daripada Pusat Khidmat Kontraktor serta mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan / Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang masih berkuatkuasa tempoh sah laku / perakuan adalah dipelawa untuk menyertai undian seperti berikut:

BIL. BUTIR-BUTIR PELAWAANKELAYAKAN KONTRAKTORTARIKH DAN WAKTU PENYERTAANTARIKH DAN WAKTU CABUTAN UNDIAN
1Lantikan bagi Kerja Awam sahajaA. Kontraktor Awam Gred G1 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja

B. Memiliki sijil-sijil berikut;

• SSM
• PPK
• SPKK
• STB
22 Mac 2022 (Selasa) 12.00 pagi - 11.59 malam

PENYERTAAN KERJA UNDI adalah secara dalam talian menggunakan sistem eperolehan DBKL seperti berikut;

1. Layari laman utama sistem eperolehan DBKL di eperolehan.dbkl.gov.my
2. Daftar masuk Pengguna
3. Klik pada tab ‘Iklan Kerja Undi’
4. Klik pada butang berwarna biru ‘Daftarkan Penyertaan Saya’
30 Mac 2022 (Rabu) jam 11.00 pagi

Sesi Cabutan Kerja Undi akan dibuat secara live feed di laman Facebook rasmi DBKL
      1. Penyertaan kerja undi hanya boleh dibuat setelah segala urusan pendaftaran kerja undi dalam sistem e-perolehan DBKL SELESAI dilaksanakan.

      2. Syarikat digalakkan untuk membuat pendaftaran awal. Bahagian Pengurusan Perolehan tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan syarikat untuk menyertai cabutan kerja undi disebabkan pendaftaran kerja undi di saat akhir.

      3. Butang untuk menyertai cabutan kerja undi hanya boleh di pilih oleh syarikat yang mendaftar dalam kategori seperti yang diiklankan.

      4. Syarikat yang telah memperolehi kerja undi tahun 2022 dan kerja masih aktif dalam tangan adalah TIDAK LAYAK menyertai cabutan kerja undi ini.

      5. Senarai SYARIKAT yang LAYAK untuk menyertai Sesi Cabutan Kerja Undi akan memperolehi nombor kupon undi secara automatik di alamat emel yang telah didaftarkan dalam sistem e-perolehan DBKL. Senarai ini juga akan dipaparkan di laman sesawang rasmi DBKL di sudut ’Pengumuman’ sehari sebelum Sesi Cabutan Kerja Undi Secara Dalam Talian diadakan.

      6. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web rasmi DBKL.

        DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

        Tarikh Iklan    : 18 Mac 2022
        Laman Web    : www.dbkl.gov.my