Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam kod bidang seperti di bawah untuk mengambil bahagian di dalam pelawaan berikut:-
NO. RUJUKAN | BUTIR-BUTIR PELAWAAN | KOD BIDANG | TARIKH TUTUP (12.00 TENGAHARI) | HARGA DOKUMEN (RM) | SYARAT UTAMA PELAWAAN |
---|---|---|---|---|---|
2023 / G011 | Pelantikan Perkhidmatan Perunding Untuk Kajian Rasionalisasi Penjanaan Pendapatan Melalui Penubuhan Tabung Endowmen Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Sumber Kewangan Yang Mampan | Berdaftar Dengan KKM : 340101 (Kajian Organisasi) atau 340103 (Kajian Ekonomi) atau 340105 (Kajian Pemasaran & Penyelidikan) atau 340106 (Kajian Sumber Manusia) atau 340401 (Kajian Kewangan) | 10 Oktober 2023 (Selasa) | 50.00 | 1. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan berdaftar di bawah kod bidang yang ditetapkan. 2. Tempoh pendaftaran dengan Kementerian Kewangan masih sah. 3. Berdaftar dalam sistem e-perolehan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan tempoh pendaftaran masih sah. |
2023 / G008 | Perkhidmatan Perunding Juruukur Berlesen Bagi Kerja Perizaban Dan Pewartaan Kawasan Lapang Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Fasa 1) | Berdaftar Dengan KKM : 330203 (Ukur Tanah) | 10 Oktober 2023 (Selasa) | 50.00 | 1. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan berdaftar di bawah kod bidang yang ditetapkan. 2. Tempoh pendaftaran dengan Kementerian Kewangan masih sah. 3. Berdaftar dalam sistem e-perolehan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan tempoh pendaftaran masih sah. |
- Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan maklumat syarikat lengkap diisi dan sijil pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia beserta Lampiran A yang dimuatnaik di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa permohonan dibuat.
- Pendaftaran pembekal baharu perunding akan dikenakan caj sebanyak RM100 setahun. Pembelian dokumen tender boleh dibuat setelah pengesahan pendaftaran dan bayaran pendaftaran pembekal telah dijelaskan. Bayaran pendaftaran pembekal baharu perunding dan penjualan dokumen tender akan dijalankan secara atas talian sahaja.
- Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos hendaklah disediakan sebanyak satu (1) salinan setiap satu dan dimasukkan ke dalam sampul surat berasingan yang berlakri dan ditandakan ’Nama Projek Dan Cadangan Teknikal’ dan ’Nama Projek Dan Cadangan Kos’ di setiap sampul surat berkenaan dan dialamatkan kepada Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.
- Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan seperti alamat di atas tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup iklan. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.
- Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan sistem eperolehan DBKL.DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
Tarikh Iklan : 21 September 2023
Laman Web : www.dbkl.gov.my
https://eperolehan.dbkl.gov.my/