Kenyataan Sebut Harga Bil. 18/2021

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Bumiputera KKM dan juga CIDB yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai kod bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut

BIL. SEBUT HARGABUTIR-BUTIR SEBUT HARGAKELAYAKAN PETENDERTARIKH SEBUTHARGA DIBUKA DAN SEBUT HARGA DITUTUPHARGA DOKUMEN (RM)
2021/B177Comprehensive Maintenance And Support Services Of Existing Printronix Printers For Dewan Bandaraya Kuala Lumpur For 2 YearsBumiputera
Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Selangor Sahaja)

Kod Bidang Baru
210101 dan 210102 dan 210103
Tarikh Sebutharga Dibuka
20 September 2021 (Isnin)

Tarikh Sebutharga Ditutup
4 Oktober 2021
(Isnin)
50.00
2021/B178Penyelenggaraan Komprehensif Bagi Sistem Pengurusan Lepppsen Anjing (Edog) Selama 2 TahunBumiputera
Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja)

Kod Bidang Baru
210103 atau 210104 atau 210105 atau 210106 atau 210107
Tarikh Sebutharga Dibuka
20 September 2021 (Isnin)

Tarikh Sebutharga Ditutup
4 Oktober 2021
(Isnin)
50.00
2021/B179Membekal Dan Menghantar Kasut But Keselamatan Dan Kasut Kanvas Ke Stor Pusat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal Untuk Tempoh Dua (2) TahunBumiputera
Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja)

Kod Bidang Baru
020804 atau 020901
Tarikh Sebutharga Dibuka
20 September 2021 (Isnin)

Tarikh Sebutharga Ditutup
4 Oktober 2021
(Isnin)
50.00
2021/B180Perkhidmatan Pembersihan Pejabat Cawangan Titiwangsa & Dewan Komuniti Wanita Kota Desa Pandan Bagi Tempoh (2) TahunBumiputera
Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja)

Kod Bidang Baru
221001 atau 221002 atau 221003
Tarikh Sebutharga Dibuka
20 September 2021 (Isnin)

Tarikh Sebutharga Ditutup
4 Oktober 2021
(Isnin)
50.00
  1. Bagi Pembelian Dokumen sebutharga, Petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online’ di laman https://eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan Sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  2. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan:

    i. Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),

    ii. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan(SPKK),

    iii.Sijil Perakuan Pendaftaran(CIDB),
    iv.
    Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan  Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

    Memandangkan operasi kaunter Bahagian Pengurusan ditutup sementara dalam tempoh PKP 3.0 ini, pihak kontraktor diminta hadir ke kaunter bagi tujuan pengesahan pendaftaran selepas tempoh PKP 3.0 berakhir.

  3. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  4. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0 yang dikuatkuasakan, bagi perolehan ini petender DIBENARKAN untuk menghantar dokumen sebutharga menggunakan perkhidmatan pos DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang telah ditetapkan. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  5. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

  6. Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.

  7. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

Tarikh Iklan    : 20 September 2021

Laman Web    : www.dbkl.gov.my dan https://eperolehan.dbkl.gov.my

ms_MYMS