Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Bumiputera KKM dan CIDB yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor kod bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:
BIL. SEBUT HARGA | BUTIR-BUTIR SEBUT HARGA | KELAYAKAN PETENDER | TARIKH SEBUTHARGA DIBUKA DAN SEBUT HARGA DITUTUP | HARGA DOKUMEN (RM) |
---|---|---|---|---|
2022/B125 | Perkhidmatan Mengetuk, Membersih Dan Mengecat, Membaiki Dan Memasang Cermin Serta Pembaikan Kerusi Dan Lapisan Bumbung Kenderaan DBKL Untuk Tempoh Tiga (3) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 220108 atau 220110 | Tarikh Sebutharga Dibuka 28 Julai 2022 (Khamis) Tarikh Sebutharga Ditutup 11 Ogos 2022 (Khamis) | 50.00 |
2022/B132 | Tawaran Membekal Dan Menghantar Vaksin Meningococcal Menveo A.C.Y Dan W-135 Ke Unit Suntikan Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya Sahaja) Kod Bidang Baru 050201 atau 050202 | Tarikh Sebutharga Dibuka 28 Julai 2022 (Khamis) Tarikh Sebutharga Ditutup 11 Ogos 2022 (Khamis) | 50.00 |
2022/B133 | Membekal Dan Menghantar Alat Ganti Mesin-Mesin Kecil Bagi Tempoh 2 Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 130101 atau 130102 atau 130202 | Tarikh Sebutharga Dibuka 28 Julai 2022 (Khamis) Tarikh Sebutharga Ditutup 11 Ogos 2022 (Khamis) | 50.00 |
2022/B134 | Perkhidmatan Bagi Kerja-Kerja Pembersihan Pejabat Cawangan Cheras Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 221001 atau 221002 atau 221003 | Tarikh Sebutharga Dibuka 28 Julai 2022 (Khamis) Tarikh Sebutharga Ditutup 11 Ogos 2022 (Khamis) | 50.00 |
2022/B135 | Membekal Dan Menghantar Pakaian Tarian (Artis Budaya) Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Satu (1) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 020701 atau 020801 atau 020802 atau 222401 | Tarikh Taklimat Tapak 1 Ogos 2022 (Isnin) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Pusat Kesenian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Jalan Rotan, Kg Attap Kuala Lumpur Tarikh Sebutharga Ditutup 8 Ogos 2022 (Isnin) | 50.00 |
2022/B136 | Membekal Dan Menghantar Pakaian Seragam/Pakaian Pemuzik (Kombo Budaya) Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Satu (1) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 020701 atau 020801 atau 020802 atau 222401 | Tarikh Taklimat Tapak 1 Ogos 2022 (Isnin) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Pusat Kesenian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Jalan Rotan, Kg Attap Kuala Lumpur Tarikh Sebutharga Ditutup 8 Ogos 2022 (Isnin) | 50.00 |
2022/B137 | Cadangan Kerja-Kerja Menyelenggara, Menaiktaraf, Baikpulih Paip Bumbung Dan Paip Air Utama Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Ppr Kg Limau, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Gred G2 Kategori B Pengkhususan B24 dan B27 | Tarikh Taklimat Tapak 2 Ogos 2022 (Selasa) 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari Dewan Ppr Seri Alam Fasa 1, Jalan Istana 1/78 off Jalan Istana, Kuala Lumpur 57100 Tarikh Sebutharga Ditutup 15 Ogos 2022 (Isnin) | 50.00 |
-
- Dokumen sebutharga 2022/B135, 2022/B136 dan 2022/B137 boleh dibeli Secara ’Online’ di laman web selepas Sesi Taklimat Tapak.
- Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi sebutharga 2022/B135, 2022/B136 dan 2022/B137 adalah DIWAJIBKAN. HANYA PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan hendaklah Diwajibkan membawa salinan sijil seperti berikut:-
(i) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), (2022/B137)
(ii) Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), (2022/B137)
(iii) Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU bagi proses pengesahan. (2022/B137)
(iv) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (2022/B135 & 2022/B136)
(v) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2022/B135 & 2022/B136)
(vi) Cop Syarikat (Rubber Stamp). (2022/B137, 2022/B135 & 2022/B136) - Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.
- Bagi Pembelian Dokumen sebutharga, Petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online’ di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan Sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen sebutharga dijalankan secara atas talian sahaja.
- Bagi pendaftaran syarikat baru di sistem eperolehan DBKL, petender hendaklah mengemukakan sijil asal dan salinan
(i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
(ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK),
(iii) Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB),
(iv) Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan. - Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.
- Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.
- Dokumen sebutharga 2022/B135, 2022/B136 dan 2022/B137 boleh dibeli Secara ’Online’ di laman web selepas Sesi Taklimat Tapak.