Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Bumiputera KKM yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya kod bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:
BIL. SEBUTHARGA | BUTIR-BUTIR SEBUTHARGA | KELAYAKAN PETENDER | TARIKH SEBUTHARGA DIBUKA DAN SEBUTHARGA DITUTUP | HARGA DOKUMEN (RM) |
---|---|---|---|---|
2022/B226 | Penyelenggaraan Komprehensif Sistem Kawalan Pembangunan (SKP) Jabatan Perancangan Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya Sahaja) Kod Bidang Baru 210101 atau 210102 atau 210103 atau 210104 atau 210105 atau 210109 atau 210110 | Tarikh Sebutharga Dibuka 2 November 2022 (Rabu) Tarikh Sebutharga Ditutup 15 November 2022 (Selasa) | 50.00 |
2022/B227 | Membekal Dan Menghantar Pelbagai Jenis Tayar Dan Peralatan Kelengkapan Ke Stor Pusat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal Untuk Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 110301 atau 110399 | Tarikh Sebutharga Dibuka 2 November 2022 (Rabu) Tarikh Sebutharga Ditutup 15 November 2022 (Selasa) | 50.00 |
2022/B228 | Membekal Dan Menghantar Peralatan Keselamatan Ke Stor Pusat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal Untuk Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 120401 atau 120499 | Tarikh Sebutharga Dibuka 2 November 2022 (Rabu) Tarikh Sebutharga Ditutup 15 November 2022 (Selasa) | 50.00 |
2022/B229 | Pembekalan Pengurusan Artis Persembahan Bagi Tempoh Dua Tahun (2022 – 2024) Untuk Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor Sahaja) Kod Bidang Baru 221306 | Tarikh Sebutharga Dibuka 2 November 2022 (Rabu) Tarikh Sebutharga Ditutup 15 November 2022 (Selasa) | 50.00 |
2022/B230 | Membekal Peralatan Penyiaran Dan Perhubungan Di Unit Kebudayaan Dan Kesenian, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Dan Sukan | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 010302 | Tarikh Sebutharga Dibuka 2 November 2022 (Rabu) Tarikh Sebutharga Ditutup 8 November 2022 (Selasa) | 50.00 |
- Bagi Pembelian Dokumen sebutharga, Petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online’ di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan Sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen sebutharga dijalankan secara atas talian sahaja.
- Bagi pendaftaran syarikat baru di sistem eperolehan DBKL, petender hendaklah mengemukakan sijil asal dan salinan
(i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
(ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK),
(iii) Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB),
(iv) Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan. - Petender Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.
- Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.
- Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
DATUK BANDAR KUALA LUMPURTarikh Iklan : 2 November 2022
Laman Web : www.dbkl.gov.my dan https://eperolehan.dbkl.gov.my
- Bagi Pembelian Dokumen sebutharga, Petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online’ di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan Sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen sebutharga dijalankan secara atas talian sahaja.