Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa orang awam (Warganegara Malaysia)/syarikat yang berminat untuk membuat tawaran bagi Sebut Harga yang dinyatakan seperti berikut :
BIL. SEBUT HARGA | BUTIR-BUTIR SEBUT HARGA | KELAYAKAN PETENDER | TARIKH SEBUTHARGA DIBUKA DAN SEBUT HARGA DITUTUP | HARGA DOKUMEN (RM) |
---|---|---|---|---|
2021/B092 | Cadangan Penjualan Kenderaan Terpakai Milik Datuk Bandar Kuala Lumpur Secara Sebutharga Terbuka | Orang Awam (Warganegara Malaysia) atau Syarikat yang Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia | Tarikh Sebutharga Dibuka 25 November 2021 (Khamis) Tarikh Lawatan Tapak 29 November 2021 - 3 Disember 2021 (Isnin hingga Jumaat) 9.00 pagi – 4.00 petang KENDERAAN Depoh Pengangkutan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, MRR2, 52100 Kuala Lumpur 9.00 pagi – 4.00 petang MOTOSIKAL Stor Bersebelahan Unit Servis & tayar di Bahagian Perolehan dan Stor, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal DBKL, Km.4 Jalan Cheras 56100 Kuala Lumpur Tarikh Sebutharga Ditutup 8 Disember 2021 (Rabu) | Percuma (Sila Muat Turun Dokumen Sebutharga Pada Kenyataan Bernombor 1 Dibawah) |
- Bagi Dokumen Sebut Harga, orang awam (Warganegara Malaysia)/syarikat perlu memuat turun dokumen di laman https://www.dbkl.gov.my. atau
Klik Disini Untuk Muat Turun Dokumen Sebutharga
- Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan dituliskan ”SEBUTHARGA KENDERAAN” atau ”SEBUTHARGA MOTOSIKAL” di sebelah atas kirI dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.
- Sekiranya orang awam/syarikat tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.
- Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
- Sebarang pertanyaan berkaitan penjualan kenderaan/motosikal ini boleh dimajukan kepada pihak JKME, no tel: 03-26176200
DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
Tarikh Iklan : 25 November 2021
Laman Web : www.dbkl.gov.my
- Bagi Dokumen Sebut Harga, orang awam (Warganegara Malaysia)/syarikat perlu memuat turun dokumen di laman https://www.dbkl.gov.my. atau