Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Bumiputera KKM yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya , Bumiputera CIDB yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kod bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:
BIL. SEBUTHARGA | BUTIR-BUTIR SEBUTHARGA | KELAYAKAN PETENDER | TARIKH SEBUTHARGA DIBUKA DAN SEBUTHARGA DITUTUP | HARGA DOKUMEN (RM) |
---|---|---|---|---|
2021/B237 | Perkhidmatan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Landskap Di Linear Park, Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 221002 dan 221003 dan 222102 dan 222104 | Tarikh Sebutharga Dibuka 24 Disember 2021 (Jumaat) Tarikh Sebutharga Ditutup 6 Januari 2022 (Khamis) | 50.00 |
2021/B238 | Perkhidmatan Penyelenggaraan Portal Integrated Transport Information System (ITIS) Jabatan Pengangkutan Bandar, DBKL Bagi Tempoh Dua (2) Tahun | Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya Sahaja) Kod Bidang Baru 210101 atau 210102 atau 210103 atau 210104 atau 210105 atau 210106 atau 210107 atau 210108 atau 210109 | Tarikh Sebutharga Dibuka 24 Disember 2021 (Jumaat) Tarikh Sebutharga Ditutup 6 Januari 2022 (Khamis) | 50.00 |
2021/B239 | Membekal Dan Menghantar Alatulis & Peralatan Pejabat Selama Dua (2) Tahun Untuk Stor Pusat Jabatan Kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 020601 atau 020603 atau 020604 | Tarikh Sebutharga Dibuka 24 Disember 2021 (Jumaat) Tarikh Sebutharga Ditutup 6 Januari 2022 (Khamis) | 50.00 |
2021/B240 | Mencetak, Membekal Dan Menghantar Bahan Bercetak Selama Dua (2) Tahun Untuk Stor Pusat (Alatulis) Jabatan Kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 020603 dan 221602 | Tarikh Sebutharga Dibuka 24 Disember 2021 (Jumaat) Tarikh Sebutharga Ditutup 6 Januari 2022 (Khamis) | 50.00 |
2021/B241 | Cadangan Kerja-Kerja Menyelenggara Janakuasa Tunggusedia (Genset) Dan Sistem Peralatan Yang Berkaitan Di Kawasan Perumahan Awam (Pa) Dan Projek Perumahan Rakyat (Ppr) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Gred G2/G3/G4/G5/G6/G7 Kategori ME Pengkhususan E04 dan E11 dan E32 | Tarikh Taklimat Tapak 28 Disember 2021 (Selasa) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah Tarikh Sebutharga Ditutup 10 Januari 2022 (Isnin) | 50.00 |
2021/B243 | Perkhidmatan Pemeriksaan Kompeten Dan Penyediaan Laporan Kepada Suruhanjaya Tenaga (ST) Bagi Janakuasa Tunggusedia Di Kawasan Perumahan Awam (Pa) Dan Perojek Perumahan Rakyat (Ppr) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Gred G2/G3/G4/G5/G6/G7 Kategori ME Pengkhususan E04 dan E11 dan E32 | Tarikh Taklimat Tapak 28 Disember 2021 (Selasa) 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah Tarikh Sebutharga Ditutup 10 Januari 2022 (Isnin) | 50.00 |
- Dokumen sebutharga 2021/B241 dan 2021/B243 boleh dibeli Secara ’Online’ di laman selepas Sesi Taklimat Tapak.
- Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi sebutharga 2021/B241 dan 2021/B243 adalah DIWAJIBKAN. HANYA PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat hendaklah Diwajibkan membawa satu salinan untuk setiap kerja yang ingin disertai seperti berikut:-
i.Salinan Perolehan Kerja Kerajaan(SPKK), (2021/B241 & 2021/B243)
ii.Salinan Perakuan Pendaftaran(CIDB), (2021/B241 & 2021/B243)
iii.Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU bagi proses pengesahan, (2021/B241 & 2021/B243)
iv.Cop Syarikat (Rubber Stamp), (2021/B241 & 2021/B243) - Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.
- Bagi Pembelian Dokumen sebutharga, Petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online’ di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan Sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen sebutharga dijalankan secara atas talian sahaja.
- Bagi pendaftran syarikat baru di sistem eperolehan DBKL, petender hendaklah mengemukakan sijil asal dan salinan.
(i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
(ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK),
(iii) Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB),
(iv) Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.
(v) Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan - Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.
- Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.
- Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
Tarikh Iklan : 24 Disember 2021
Laman Web : www.dbkl.gov.my dan https://eperolehan.dbkl.gov.
- Dokumen sebutharga 2021/B241 dan 2021/B243 boleh dibeli Secara ’Online’ di laman selepas Sesi Taklimat Tapak.