Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Bumiputera KKM dan CIDB yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya kod bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:
BIL. SEBUT HARGA | BUTIR-BUTIR SEBUT HARGA | KELAYAKAN PETENDER | TARIKH SEBUTHARGA DIBUKA DAN SEBUT HARGA DITUTUP | HARGA DOKUMEN (RM) |
---|---|---|---|---|
2022/B038 | Perkhidmatan Pembersihan Perumahan Awam Bukit Kerinchi 1A Dan Perumahan Awam (S) Bukit Kiara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Tiga (3) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 221001 atau 221002 atau 221003 | Tarikh Sebutharga Dibuka 23 Mac 2022 (Rabu) Tarikh Sebutharga Ditutup 5 April 2022 (Selasa) | 50.00 |
2022/B039 | Perkhidmatan Penyelenggaraan Komprehensif DBKL Business Intelligent (DBKLBI) Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya Sahaja) Kod Bidang Baru 210102 atau 210103 aau 210104 atau 210105 atau 210106 atau 210107 atau 210108 atau 210109 atau 210110 | Tarikh Sebutharga Dibuka 23 Mac 2022 (Rabu) Tarikh Sebutharga Ditutup 5 April 2022 (Selasa) | 50.00 |
2022/B040 | Perkhidmatan Penyelenggaraan Komprehensif Sistem Pengurusan Aset (E-ASET), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 210102 atau 210103 aau 210104 atau 210105 atau 210106 atau 210107 atau 210108 atau 210109 atau 210110 | Tarikh Sebutharga Dibuka 23 Mac 2022 (Rabu) Tarikh Sebutharga Ditutup 5 April 2022 (Selasa) | 50.00 |
2022/B050 | Penyelenggaraan Sistem Pabx, Perakam Suara “Voice Logger” Dan “Automated Attendant System” Secara Menyeluruh (Comprehensive) Untuk Pusat Panggilan Setempat (Call Center) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 210101 atau 210102 atau 210105 | Tarikh Sebutharga Dibuka 23 Mac 2022 (Rabu) Tarikh Sebutharga Ditutup 5 April 2022 (Selasa) | 50.00 |
2022/B051 | Membekal Dan Menghantar Racun Haiwan (Alfasan Dorminal) Untuk Kerja-Kerja Pelupusan Haiwan Bagi Unit Kawalan Pest Di Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh (2 Tahun) | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 050201 atau 050202 | Tarikh Sebutharga Dibuka 23 Mac 2022 (Rabu) Tarikh Sebutharga Ditutup 5 April 2022 (Selasa) | 50.00 |
2022/B052 | Membekal, Menghantar, Menguji Dan Mentauliah Dua (2) Unit Motosikal “Cub” Roda Tiga | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 110102 atau 110199 | Tarikh Sebutharga Dibuka 23 Mac 2022 (Rabu) Tarikh Sebutharga Ditutup 5 April 2022 (Selasa) | 50.00 |
2022/B053 | Cadangan Baikpulih Dan Naiktaraf 6 Unit Kedai Pejabat Di Lot.28-1, 28-2, 30, 30-1, 30-2 & 32-2 Jalan 45A/26, Taman Sri Rampai, Setapak Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Gred G2 Kategori B dan CE dan ME Pengkhususan B04 dan CE20 dan E11 | Tarikh Taklimat Tapak 25 Mac 2022 (Jumaat) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Lot No. 30, Jalan 45A/26, Taman Sri Rampai, 53300 Setapak, Kuala Lumpur Tarikh Sebutharga Ditutup 7 April 2022 (Khamis) | 50.00 |
2022/B054 | Perkhidmatan Kerja-Kerja Pembersihan Di Plaza Putra Dataran Merdeka, Lot 70, Seksyen 59, Jalan Raja Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 221001 atau 221002 atau 221003 | Tarikh Taklimat Tapak 28 Mac 2022 (Isnin) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Tempat Letak Kereta Di Plaza Putra Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut, 50050 Kuala Lumpur Tarikh Sebutharga Ditutup 11 April 2022 (Isnin) | 50.00 |
- Dokumen sebutharga 2022/B053 dan 2022/B054 boleh dibeli Secara ’Online’ di laman web selepas Sesi Taklimat Tapak.
- Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi sebutharga 2022/B053 dan 2022/B054 adalah DIWAJIBKAN. HANYA PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat hendaklah Diwajibkan membawa satu salinan untuk setiap kerja yang ingin disertai seperti berikut:-
(i) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), (2022/B053)
(ii) Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), (2022/B053)
(iii) Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU bagi proses pengesahan (2022/B053)
(iv) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (2022/B054)
(v) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2022/B054)
(vi) Cop Syarikat (Rubber Stamp). (2022/B053 dan 2022/B054) - Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.
- Bagi Pembelian Dokumen sebutharga, Petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online’ di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan Sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen sebutharga dijalankan secara atas talian sahaja.
- Bagi pendaftaran syarikat baru di sistem eperolehan DBKL, petender hendaklah mengemukakan sijil asal dan salinan
(i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
(ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK),
(iii) Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB),
(iv) Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.
- Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
- Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Sebutharga Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA
- Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.
- Sekiranya kontraktor/syarikat tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.
- Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
DATUK BANDAR KUALA LUMPURTarikh Iklan : 23 Mac 2022
Laman Web : www.dbkl.gov.my dan https://eperolehan.dbkl.gov.my
- Dokumen sebutharga 2022/B053 dan 2022/B054 boleh dibeli Secara ’Online’ di laman web selepas Sesi Taklimat Tapak.