Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Bumiputera KKM yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dan CIDB yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kod bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:
BIL. SEBUT HARGA | BUTIR-BUTIR SEBUT HARGA | KELAYAKAN PETENDER | TARIKH SEBUTHARGA DIBUKA DAN SEBUT HARGA DITUTUP | HARGA DOKUMEN (RM) |
---|---|---|---|---|
2022/B061 | Perkhidmatan Penyelenggaraan Komprehensif Sistem Pengurusan Aset (E-ASET), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya Sahaja) Kod Bidang Baru 210102 atau 210103 atau 210104 atau 210105 atau 210106 atau 210107 atau 210108 atau 210109 atau 210110 | Tarikh Sebutharga Dibuka 10 Mei 2022 (Selasa) Tarikh Sebutharga Ditutup 25 Mei 2022 (Rabu) | 50.00 |
2022/B062 | Membekal Dan Menghantar, Memasang Dan Menguji Alat Kelengkapan Cafeteria Menara Dbkl 1 Dan 3, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 020301 atau 020302 atau 020399 | Tarikh Sebutharga Dibuka 10 Mei 2022 (Selasa) Tarikh Sebutharga Ditutup 25 Mei 2022 (Rabu) | 50.00 |
2022/B063 | Kerja-Kerja Penyelenggaraan Komprehensif 24 Bulan Bagi Queue Management System (QMS) Dan Customer Feedback System (CFS) Di Kaunter Bayaran Bahagian Hasil Jkew Menara Dbkl 1, Kaunter Bayaran Tingkat 6, Kaunter Urusetia Pusat Setempat (OSC) Jprb Dan Kaunter Permohonan Lesen Utara Dan Selatan Tingkat 5, Menara Dbkl 2, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang Baru 210102 atau 210103 atau 210104 atau 210105 atau 210106 atau 210107 atau 210108 atau 210109 atau 210110 | Tarikh Sebutharga Dibuka 10 Mei 2022 (Selasa) Tarikh Sebutharga Ditutup 25 Mei 2022 (Rabu) | 50.00 |
2022/B071 | Pembekalan Baju Korporat Petugas Kaunter Dbkl Bagi Tempoh Dua (2) Tahun Untuk Jabatan Perancangan Korporat | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya Sahaja) Kod Bidang Baru 020801 | Tarikh Taklimat Tapak 12 Mei 2022 (Khamis) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Bilik Mesyuarat Tingkat 5, Jabatan Perancangan Korporat, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur Tarikh Sebutharga Ditutup 27 Mei 2022 (Jumaat) | 50.00 |
2022/B073 | Cadangan Pembinaan “Features Signage” Dan Laluan Masuk Tambahan Di Taman Tasik Danau Kota, Wangsa Maju, Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM (Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Gred G1 Kategori CE Pengkhususan CE13 dan CE21 | Tarikh Sebutharga Dibuka 10 Mei 2022 (Selasa) Tarikh Sebutharga Ditutup 25 Mei 2022 (Rabu) | 50.00 |
- Dokumen sebutharga 2022/B071 boleh dibeli Secara ’Online’ di laman web selepas Sesi Taklimat Tapak.
- Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi sebutharga 2022/B071 adalah DIWAJIBKAN. HANYA PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan hendaklah Diwajibkan membawa seperti berikut:-
(i) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (2022/B071)
(ii) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2022/B071)
(iii)Cop Syarikat (Rubber Stamp) (2022/B071) - Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.
- Bagi Pembelian Dokumen sebutharga, Petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online’ di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan Sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen sebutharga dijalankan secara atas talian sahaja.
- Bagi pendaftaran syarikat baru di sistem eperolehan DBKL, petender hendaklah mengemukakan sijil asal dan salinan :-
(i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
(ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK),(iii)Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB),
(iv)Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan. - Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.
- Sekiranya kontraktor/syarikat tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.
- Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
Tarikh Iklan : 10 Mei 2022
Laman Web : www.dbkl.gov.my dan https://eperolehan.dbkl.gov.my
- Dokumen sebutharga 2022/B071 boleh dibeli Secara ’Online’ di laman web selepas Sesi Taklimat Tapak.