Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/syarikat yang berminat untuk membuat tawaran bagi Sebut Harga yang dinyatakan seperti berikut :
BIL. SEBUT HARGA | BUTIR-BUTIR SEBUT HARGA | KELAYAKAN PETENDER | TARIKH SEBUTHARGA DIBUKA DAN SEBUT HARGA DITUTUP | HARGA DOKUMEN (RM) |
---|---|---|---|---|
2022/B072 | Penjualan Pelbagai Aset Alih Datuk Bandar Kuala Lumpur (Kenderaan Buruk) | Syarikat Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang Baru 221902 | Tarikh Sebutharga Dibuka 12 Mei 2022 (Khamis) Tarikh Lawatan Tapak 17-20 Mei 2022 (Selasa hingga Jumaat) 9.00 pagi – 4.00 petang Lokasi Depoh Simpanan Tunda Kenderaan Tersadai Jabatan Penguatkuasaan, Jalan Emas, Salak Selatan, 57100 Kuala Lumpur Tarikh Sebutharga Ditutup 26 Mei 2022 (Khamis) | Harga Dokumen : Percuma |
- Bagi Dokumen Sebut Harga, kontraktor/syarikat perlu memuat turun dokumen di https://www.dbkl.gov.my.
- Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Sebut Harga dan Tajuk berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.
- Sekiranya kontraktor/syarikat tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.
- Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
DATUK BANDAR KUALA LUMPURTarikh Iklan : 12 Mei 2022
Laman Web : www.dbkl.gov.my
- Bagi Dokumen Sebut Harga, kontraktor/syarikat perlu memuat turun dokumen di https://www.dbkl.gov.my.