Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Bumiputera KKM yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya Sahaja kod bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:
BIL. SEBUTHARGA | BUTIR-BUTIR SEBUTHARGA | KELAYAKAN PETENDER | TARIKH SEBUTHARGA DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TARIKH SEBUTHARGA DITUTUP | HARGA DOKUMEN (RM) |
---|---|---|---|---|
2023/B062 | Supply, Delivery, Testing And Commissioning Of One (1) Unit New Skid Steer Loader | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM(Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang 110201 atau 110299 | Tarikh Sebutharga Dibuka 5 April 2023 (Rabu) Tarikh Sebutharga Ditutup 18 April 2023 (Selasa) | 50.00 |
2023/B063 | Pembekalan 2 Set Kamera Digital Nikon Z9 Untuk Jabatan Perancangan Korporat | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM(Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang 010501 | Tarikh Sebutharga Dibuka 5 April 2023 (Rabu) Tarikh Sebutharga Ditutup 18 April 2023 (Selasa) | 50.00 |
2023/B064 | Membekal Dan Menghantar Set Sut Hitam (Blazer Hitam, Seluar Panjang Hitam Dan Kemeja Putih), Blouse Hitam Dan Baju Korporat Untuk Kegunaan Ahli Muzik Okestra Kuala Lumpur, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM(Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang 020701 atau 020801 atau 020802 atau 020899 atau 222401 | Tarikh Sebutharga Dibuka 5 April 2023 (Rabu) Tarikh Sebutharga Ditutup 18 April 2023 (Selasa) | 50.00 |
2023/B065 | Perkhidmatan Penyelenggaraan Komprehensif Bagi Sistem Chatbot Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM(Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya Sahaja) Kod Bidang 210101 dan 210102 dan 210103 dan 210104 dan 210108 dan 210109 | Tarikh Sebutharga Dibuka 5 April 2023 (Rabu) Tarikh Sebutharga Ditutup 18 April 2023 (Selasa) | 50.00 |
2023/B066 | Supply, Delivery, Testing And Commisioning Of Three (3) Unit Of Walk-Behind Single Drum Roller | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM(Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja) Kod Bidang 110201 atau 110203 atau 110299 atau 130101 atau 130102 | Tarikh Sebutharga Dibuka 5 April 2023 (Rabu) Tarikh Sebutharga Ditutup 18 April 2023 (Selasa) | 50.00 |
2023/B067 | Perkhidmatan Penyelenggaraan Mesin-Mesin Kecil Bagi Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM(Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya Sahaja) Kod Bidang 220201 | Tarikh Sebutharga Dibuka 5 April 2023 (Rabu) Tarikh Sebutharga Ditutup 18 April 2023 (Selasa) | 50.00 |
- Bagi Pembelian Dokumen sebutharga, Petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online’ di laman sesawang dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan Sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen sebutharga dijalankan secara atas talian sahaja.
- Bagi pendaftaran syarikat baru di sistem eperolehan DBKL, petender hendaklah mengemukakan sijil asal dan salinan
(i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
(ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK),
(iii) Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB),
(iv) Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.
Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.
- Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
Tarikh Iklan : 5 April 2023
Laman Web : www.dbkl.gov.my dan https://eperolehan.dbkl.gov.my
- Bagi Pembelian Dokumen sebutharga, Petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online’ di laman sesawang dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan Sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen sebutharga dijalankan secara atas talian sahaja.