Kenyataan Tender Bil. 1/2022

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

BIL. TENDERBUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDERTARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TARIKH TENDER DITUTUPHARGA DOKUMEN (RM)
2022/A001Perkhidmatan Pengurus Acara Program Kul Fit (Kecergasan) Di Taman – Taman Rekreasi Kuala Lumpur Bagi Tempoh (2) Dua Tahun Untuk Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & SukanBumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang
221305 Atau 221306
Tarikh Tender Dibuka
13 Januari 2022 (Khamis)

Tarikh Tender Ditutup
7 Februari 2022 (Isnin)
300.00
2022/A002Membekal Dan Menghantar Alatganti Tulen Kenderaan Jenama Nissan (Bas Dan Lori) Ke Stor Pusat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal Untuk Tempoh Dua (2) TahunBumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang
110301 Atau 110304 Atau110399
Tarikh Tender Dibuka
13 Januari 2022 (Khamis)

Tarikh Tender Ditutup
26 Januari 2022 (Rabu)
300.00
2022/A003Membekal Dan Menghantar Alatganti Tulen Kenderaan Jenama Hino Ke Stor Pusat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal Untuk Tempoh Dua (2) TahunBumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang
110301 Atau 110304 Atau 110399
Tarikh Tender Dibuka
13 Januari 2022 (Khamis)

Tarikh Tender Ditutup
26 Januari 2022 (Rabu)
300.00
2022/A004Cadangan Pembinaan Laluan Basikal Fasa 1 (Green & Blue Connectivity) Di Sebahagian Jalan 1/1a, Jalan Metro Perdana Barat, Jalan 15/34C, Jalan Besar Kepong Serta Jalan Baru Menghubungkan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Yang Menghubungkan Dengan Taman Tasik Metropolitan, Kuala LumpurBerdaftar Dengan CIDB
Gred G7


Kategori CE

Pengkhususan
CE01 Dan CE21
Tarikh Tender Dibuka
13 Januari 2022 (Khamis)

Tarikh Tender Ditutup
7 Februari 2022 (Isnin)
350.00
2022/A005Perkhidmatan Kerja-Kerja Pembersihan Di Stadium Titiwangsa Dan Komplek Sukan Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) TahunBumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang
221001 Atau 221002 Atau 221003
Tarikh Tender Dibuka
13 Januari 2022 (Khamis)

Tarikh Tender Ditutup
7 Februari 2022 (Isnin)
300.00
2022/A006Cadangan Kerja-Kerja Pemasangan Dan Penyelenggaraan Lampu-Lampu Hiasan Festival Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) TahunBerdaftar Dengan CIDB

Gred G4 Atau G5 Atau G6 Atau G7

Kategori ME

Pengkhususan
E04 DAN E11
Tarikh Tender Dibuka
13 Januari 2022 (Khamis)

Tarikh Tender Ditutup
7 Februari 2022 (Isnin)
300.00
2022/A007Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Dan Baikpulih Sistem Pencahayaan Dan Elektrik Untuk Pintu-Pintu Gerbang Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) TahunBerdaftar Dengan CIDB

Gred G4 Atau G5 Atau G6 Atau G7

Kategori ME

Pengkhususan
E04 Dan E06 Dan E11
Tarikh Tender Dibuka
13 Januari 2022 (Khamis)

Tarikh Tender Ditutup
7 Februari 2022 (Isnin)
300.00
2022/A009Cadangan penggantian kabel elektrik sementara talian atas pada tiang-tiang lampu jalan kepada kabel bawah tanah di wilayah persekutuan kuala lumpur bagi tempoh dua (2) tahunBerdaftar Dengan CIDB

Gred G3 Atau G4 Atau G5 Atau G6 Atau G7

Kategori ME

Pengkhususan
E04 Dan E11 Dan E17
Tarikh Tender Dibuka
13 Januari 2022 (Khamis)

Tarikh Tender Ditutup
7 Februari 2022 (Isnin)
300.00
2022/A010Cadangan Tambahan Dan Ubahsuai Ruang Pejabat Jabatan Perancangan Korporat Di Tingkat 5, Menara DBKL 1, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut, Kuala LumpurBumiputera Berdaftar Dengan CIDB

Gred G3

Kategori B

Pengkhususan
B04 Dan B07
Tarikh Taklimat Tapak
17 Januari 2022 (Isnin)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi
Bilik Gerakan (Tingkat 3),
Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur


Tarikh Tender Ditutup
8 Februari 2022 (Selasa)
300.00
  1. Dokumen tender 2022/A010 hanya boleh dibeli secara atas talian (online) dilaman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2022/A010 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa :- 

    (i)  Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU (2022/A010)

    (ii) Cop Syarikat (Rubber Stamp).

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.

  5.  Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.