Kenyataan Tender Bil. 10/2021

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

BIL. TENDERBUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDERTARIKH TENDER DIBUKA DAN TENDER DITUTUPHARGA DOKUMEN (RM)
2021/A089
Perkhidmatan Pengurusan Air Pasar/Pusat Penjaja DBKLBerdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
210103 Dan 210106
Tarikh Tender Dibuka
17 Jun 2021 (Khamis)

Tarikh Tender Ditutup
8 Julai 2021 (Khamis)

300
2021/A090Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Di Jalan Kelang Lama, Kuala LumpurBumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
221002 Dan 222102 Dan 222104
Tarikh Tender Dibuka
17 Jun 2021 (Khamis)

Tarikh Tender Ditutup
8 Julai 2021 (Khamis)
300
2021/A091Menaiktaraf Dan Menyelenggara Sistem Pengurusan Rekod Dewan Bandaraya Kuala LumpurBumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
210101 Atau 210102 Atau 210103 Atau 210104 Atau 210105 Atau 210106
Tarikh Tender Dibuka
17 Jun 2021 (Khamis)

Tarikh Tender Ditutup
8 Julai 2021 (Khamis)
300
2021/A092Cadangan Membina Dan Menyiapkan 2 Blok Bangunan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal (JKME) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Di Atas Lot 48, Seksyen 91, Jalan Cheras, Kuala Lumpur Untuk Tetuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)Berdaftar Dengan CIDB
Gred G7
Kategori B
Pengkhususan
B04
Tarikh Tender Dibuka
17 Jun 2021 (Khamis)

Tarikh Tender Ditutup
8 Julai 2021 (Khamis)
400
2021/A093Cadangan Kerja-Kerja Servis Kalis Air Unit, Paip Unit Serta Membaiki, Membina Dan Menukar Kerja-Kerja Sampingan Di Kawasan Perumahan Awam (PA) Dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) TahunBumiputera Berdaftar Dengan CIDB
Gred G3
Kategori B
Pengkhususan
B08 Dan B24
Tarikh Tender Dibuka
17 Jun 2021 (Khamis)

Tarikh Tender Ditutup
8 Julai 2021 (Khamis)
300
2021/A094Cadangan Kerja-Kerja Menyelenggara, Menaiktaraf Dan Baikpulih Bumbung, Tangki Air Utama Dan Kalis Air Rumah Pangsa Di Kawasan Perumahan Awam (PA) Dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) TahunBumiputera Berdaftar Dengan CIDB
Gred G4
Kategori B
Pengkhususan
B08 Dan B15 Dan B24
Tarikh Tender Dibuka
17 Jun 2021 (Khamis)

Tarikh Tender Ditutup
8 Julai 2021 (Khamis)
300
2021/A095Cadangan Kerja-Kerja Penggantian Dua (2) Unit Lif Penumpang Di Kawasan Perumahan Awam (PA) Kerinchi 1A Dewan Bandaraya Kuala LumpurBerdaftar Dengan CIDB
Gred G4 Atau G5 Atau G6 Atau G7
Kategori ME
Pengkhususan
M03
Tarikh Tender Dibuka
17 Jun 2021 (Khamis)

Tarikh Tender Ditutup
8 Julai 2021 (Khamis)
300
2021/A096Cadangan Kerja-Kerja Pengisaran Dan Penurapan Semua Jalan Di Kawasan Parlimen-Parlimen Dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi Tahun 2021-2023Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB
Gred G4
Kategori CE Pengkhususan
CE01 Dan CE21
Tarikh Tender Dibuka
17 Jun 2021 (Khamis)

Tarikh Tender Ditutup
8 Julai 2021 (Khamis)
300
  1. Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.

  2. Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  3. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  4. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  5. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0 yang dikuatkuasakan, bagi perolehan ini petender yang DIBENARKAN untuk menghantar dokumen tender menggunakan perkhidmatan pos berdaftar atau kurier ke Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang telah ditetapkan. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali. Sebarang pertanyaan berkaitan tender perlu dikemukakan melalui emel di eperolehan@dbkl.gov.my.

  6. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

  7. Untuk keterangan lanjut sila layari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) dan laman sesawang eperolehan DBKL (eperolehan.dbkl.gov.my).


    DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

    Tarikh Iklan    :  17 Jun 2021 

    Laman Sesawang    : www.dbkl.gov.my dan eperolehan.dbkl.gov.my

ms_MYMS