Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-
BIL. TENDER | BUTIR-BUTIR TENDER | KELAYAKAN PETENDER | TARIKH TENDER DIBUKA DAN TENDER DITUTUP | HARGA DOKUMEN (RM) |
---|---|---|---|---|
2021/A109 | Tawaran Membekal Dan Menghantar Bahan Kimia Untuk Makmal Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 060101 Atau 060102 | Tarikh Tender Dibuka 12 Ogos 2021 (Khamis) Tarikh Tender Ditutup 1 September 2021 (Rabu) | 300 |
2021/A110 | Perkhidmatan Kerja-Kerja Pembersihan Di Dewan Serbaguna Alam Damai Dan Dewan Serbaguna Taman Bukit Segar, Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 221001 Atau 221002 Atau 221003 | Tarikh Tender Dibuka 12 Ogos 2021 (Khamis) Tarikh Tender Ditutup 1 September 2021 (Rabu) | 300 |
2021/A111 | Perkhidmatan Kerja-Kerja Pembersihan Di Dewan Serbaguna Ampang Hilir & Dewan Serbaguna Cheras Baru, Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 221001 Atau 221002 Atau 221003 | Tarikh Tender Dibuka 12 Ogos 2021 (Khamis) Tarikh Tender Ditutup 1 September 2021 (Rabu) | 300 |
2021/A112 | Perkhidmatan Kerja-Kerja Pembersihan Dalam Dan Luar Bangunan Di Menara DBKL 1 Dan Countdown Clock Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur Bagi Tempoh (3) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 221001 Atau 221002 Atau 221003 | Tarikh Tender Dibuka 12 Ogos 2021 (Khamis) Tarikh Tender Ditutup 1 September 2021 (Rabu) | 300 |
2021/A113 | Perkhidmatan Kerja-Kerja Pembersihan Dalam Dan Luar Bangunan Di Menara DBKL 2 Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 221001 Atau 221002 Atau 221003 | Tarikh Tender Dibuka 12 Ogos 2021 (Khamis) Tarikh Tender Ditutup 1 September 2021 (Rabu) | 300 |
2021/A114 | Perkhidmatan Kerja-Kerja Pembersihan Dalam Dan Luar Bangunan Di Menara DBKL 3 Jalan Raja Abdullah 50300 Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 221001 Atau 221002 Atau 221003 | Tarikh Tender Dibuka 12 Ogos 2021 (Khamis) Tarikh Tender Ditutup 1 September 2021 (Rabu) | 300 |
2021/A115 | Perkhidmatan Pembersihan Perumahan PPR Pantai Ria Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 221001 Atau 221002 Atau 221003 | Tarikh Tender Dibuka 12 Ogos 2021 (Khamis) Tarikh Tender Ditutup 1 September 2021 (Rabu) | 300 |
2021/A116 | Perkhidmatan Pembersihan Perumahan PPR Kerinchi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 221001 Atau 221002 Atau 221003 | Tarikh Tender Dibuka 12 Ogos 2021 (Khamis) Tarikh Tender Ditutup 1 September 2021 (Rabu) | 300 |
2021/A117 | Cadangan Kerja-Kerja Penggantian Lapan Belas (18) Unit Lif Penumpang Di Blok A, B, C, D, E Dan F Kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Berdaftar Dengan CIDB Gred G7 Kategori ME Pengkhususan M03 | Tarikh Tender Dibuka 12 Ogos 2021 (Khamis) Tarikh Tender Ditutup 1 September 2021 (Rabu) | 350 |
2021/A118 | Cadangan Kerja-Kerja Penggantian Enam (6) Unit Lif Penumpang Di Blok E & F Kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Berdaftar Dengan CIDB Gred G5 Atau G6 Atau G7 Kategori ME Pengkhususan M03 | Tarikh Tender Dibuka 12 Ogos 2021 (Khamis) Tarikh Tender Ditutup 1 September 2021 (Rabu) | 350 |
2021/A119 | Kerja-Kerja Mengganti, Menguji, Mentauliah Dan Menyelenggara Serta Operasi Ke Atas Skrin Led Layer Merdeka, Dataran Merdeka Jalan Raja Kuala Lumpur Secara Penyelenggaraan Komprehensif | Berdaftar Dengan CIDB Gred G4 Atau G5 Atau G6 Atau G7 Kategori ME Pengkhususan E06 Dan E07 Dan E10 Dan E11 | Tarikh Tender Dibuka 12 Ogos 2021 (Khamis) Tarikh Tender Ditutup 1 September 2021 (Rabu) | 300 |
2021/A120 | Kerja-Kerja Operasi Dan Penyelenggaraan Wastewater Treatment Plant (WWTP) Untuk Pasar-Pasar Basah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Untuk Tempoh Tiga (3) Tahun | Berdaftar Dengan CIDB Gred G5 Kategori ME Pengkhususan M15 Dan M20 Dan E11 Dan E05 Atau E04 | Tarikh Tender Dibuka 12 Ogos 2021 (Khamis) Tarikh Tender Ditutup 25 Ogos 2021 (Rabu) | 300 |
2021/A121 | Kerja-Kerja Membekal, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Sistem Penyaman Udara Serta Peralatan Berkaitan Di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB Gred G4 Kategori ME dan CE Pengkhususan CE11 Dan M01 Dan M20 Dan E04 Dan E11 | Tarikh Tender Dibuka 12 Ogos 2021 (Khamis) Tarikh Tender Ditutup 1 September 2021 (Rabu) | 300 |
- Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.
- Bagi pendaftaran syarikat baru di sistem eperolehan DBKL, petender hendaklah mengemukakan sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan pendaftaran sebelum bayaran pendaftaran dan pembelian dokumen dapat dilaksanakan.
- Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan bagi pengesahan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
- Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0 yang dikuatkuasakan, bagi perolehan ini petender yang DIBENARKAN untuk menghantar dokumen tender menggunakan perkhidmatan pos berdaftar atau kurier ke Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang telah ditetapkan. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali. Sebarang pertanyaan berkaitan tender perlu dikemukakan melalui emel di eperolehan@dbkl.gov.my.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.
- Untuk keterangan lanjut sila layari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) dan laman sesawang eperolehan DBKL (eperolehan.dbkl.gov.my).
DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
Tarikh Iklan : 12 Ogos 2021
Laman Sesawang : www.dbkl.gov.my dan eperolehan.dbkl.gov.my