Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-
BIL. TENDER | BUTIR-BUTIR TENDER | KELAYAKAN PETENDER | TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP | HARGA DOKUMEN |
---|---|---|---|---|
2022/A181 | Perkhidmatan Penyelenggaraan Komprehensif Sistem Penguatkuasaan Jabatan (SPJ) Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh 24 Bulan | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 210102 Dan 210103 Dan 210104 Dan 210105 | Tarikh Tender Dibuka 28 Oktober 2022 (Jumaat) Tarikh Tender Ditutup 16 November 2022 (Rabu) | 300 |
2022/A182 | Perkhidmatan Penyelenggaraan Komprehensif & Sokongan Teknikal Selama Setahun Bagi Peralatan Rangkaian Dan Keselamatan Data Di Pusat Data, Menara DBKL 1, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 210101 Atau 210102 Atau 210103 Atau 210104 Atau 210105 Atau 210106 | Tarikh Tender Dibuka 28 Oktober 2022 (Jumaat) Tarikh Tender Ditutup 16 November 2022 (Rabu) | 300 |
2022/A183 | Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Yang Merangkumi Sekitar Kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur (Kawasan Lapang Hijau Di No Lot 45634, No Lot 81166, Medan Jalan 6/3A), Kawasan Lapang Hijau Di Dalam Pasar Borong Selayang, Kawasan Lapang Hijau Berhampiran Pasar Harian Selayang Dan Landskap Di Bawah Jejambat Pusingan U Jalan Ipoh | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 221002 Dan 221003 Dan 222102 Dan 222104 | Tarikh Tender Dibuka 28 Oktober 2022 (Jumaat) Tarikh Tender Ditutup 16 November 2022 (Rabu) | 300 |
2022/A184 | Cadangan Menjalankan Kerja-Kerja Pembaikan Tembok Penahan Dan Sistem Perparitan Di Jalan Sepadu 6 Taman United, Kuala Lumpur | Berdaftar Dengan CIDB Gred G5 Kategori CE Pengkhususan CE08 Dan CE21 | Tarikh Tender Dibuka 28 Oktober 2022 (Jumaat) Tarikh Tender Ditutup 16 November 2022 (Rabu) | 300 |
2022/A185 | Kerja-Kerja Mengganti, Membekal, Memasang Dan Mentauliah Sistem Telefon IP Pabx Serta Keja-Kerja Berkaitan Di Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur | Berdaftar Dengan CIDB Gred G3 AtAu G4 Atau G5 Atau G6 Atau G7 Kategori ME Pengkhususan E07 Atau Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 210103 Dan 210105 Dan 210201 Dan 210202 Dan 220503 Dan 220501 Dan 140301 Dan 140302 | Tarikh Tender Dibuka 28 Oktober 2022 (Jumaat) Tarikh Tender Ditutup 16 November 2022 (Rabu) | 300 |
2022/A186 | Cadangan Menaiktaraf Rumah Sampan DBKL Dan Kemudahan Sedia Ada Serta Kawasan Sekitar Di Jalan Kebun Bunga, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur (Secara Reka Dan Bina) (Pra-Kelayakan) | Berdaftar Dengan CIDB Gred G5 Kategori B Dan CE Pengkhususan B03 Dan B07 Dan CE14 | Tarikh Tender Dibuka 28 Oktober 2022 (Jumaat) Tarikh Tender Ditutup 16 November 2022 (Rabu) | 300 |
2022/A187 | Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Di Pedestrian Walkway Zon 7 – Jalan Ampang, Jalan Melaka, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Petaling Dan Kawasan Sekitar, Kuala Lumpur Dalam Tempoh Dua (2) Tahun | Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 221002 Dan 221003 Dan 222102 Dan 222104 | Tarikh Taklimat Tapak 7 November 2022 (Isnin) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Jambatan Masjid Jamek (Berhampiran Dengan ROL Kolam Biru) Jalan Tun Perak 50050 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 24 November (Khamis) | 300 |
2022/A188 | Cadangan Perkhidmatan Pengurusan Pelbagai Lesen Perniagaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Pra-Kelayakan) | Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 210104 Dan 221105 Atau 221107 | Tarikh Taklimat Tapak 7 November 2022 (Isnin) 11.15Pagi – 12.15 Tengahari Bilik Mesyuarat Tingkat 3, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 21 November (Isnin) | 300 |
2022/A189 | Pelantikan Perkhidmatan Pengurus Harta Berdaftar (Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta Malaysia) Bagi Pengurusan Dan Penyelenggaraan Berkonsepkan Integrated Property Facilities Management (IPFM) Di Residensi Sungai Udang, Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun | Berdaftar Dengan CIDB Gred G7 Kategori F Pengkhususan F01 ATAU Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 221506 DAN Wajib Berdaftar Dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta (LPPEH) | Tarikh Taklimat Tapak 8 November 2022 (Selasa) 9.45Pagi – 10.45 Pagi Aras Bawah (G) (Berhampiran Pejabat Pengurusan) Residensi Sungai Udang, Lot 67343, Pintasan Segambut, Kampung Sungai Udang, 51200 Segambut, Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 25 November (Jumaat) | 300 |
2022/A190 | Cadangan Penyediaan Lukisan Grafik Di Struktur Ruang Perbandaran Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Untuk Jabatan Perlaksanaan Projek Dan Penyelenggaraan Bangunan | Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB Gred G3 Kategori B Pengkhususan B14 | Tarikh Taklimat Tapak 8 November 2022 (Selasa) 11.45 Pagi – 12.45 Tengahari Lorong Belakang Jalan Rembia (Mural Street) bersebelahan dengan Hotel Genesis, Jalan Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 25 November (Jumaat) | 300 |
- Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.
- Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di dalam portal rasmi eperolehan.dbkl.gov.my
- Dokumen Tender 2022/A187, 2022/A188, 2022/A189 dan 2022/A190 boleh dibeli Secara ’Online’ di laman web selepas Sesi Taklimat Tapak.
- Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi 2022/A187, 2022/A188, 2022/A189 dan 2022/A190 adalah DIWAJIBKAN. HANYA PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan hendaklah Diwajibkan membawa salinan sijil seperti berikut:-
i. Sijil Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan oleh CIDB
ii. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB
iii. Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
iv. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia
v. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia
vi. Cop Syarikat (Rubber Stamp)
vii. Kad Pengenalan Penama Didalam Sijil - Petender yang GAGAL mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.
- Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.
- Untuk keterangan lanjut sila layari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) dan laman sesawang eperolehan DBKL (eperolehan.dbkl.gov.my).
DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
Tarikh Iklan : 28 Oktober 2022
Laman Sesawang : www.dbkl.gov.my dan eperolehan.dbkl.gov.my
- Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.