Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-
BIL. TENDER | BUTIR-BUTIR TENDER | KELAYAKAN PETENDER | TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP | HARGA DOKUMEN (RM) |
---|---|---|---|---|
2022/A197 | Cadangan Pemuliharaan Imej Rekabentuk Bandar Dan Naik Taraf Jalan Serta Laluan Pejalan Kaki Di Jalan Bukit Bintang Dan Jalan Imbi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Secara Reka Dan Bina) (Pra Kelayakan) | Berdaftar Dengan CIDB Gred G7 Kategori CE Dan ME Pengkhususan CE01 Dan CE21 Dan E11 Dan E16 | Tarikh Tender Dibuka 14 November 2022 (Isnin) Tarikh Tender Ditutup 1 Disember 2022 (Khamis) | 300.00 |
2022/A198 | Cadangan Pemuliharaan Imej Rekabentuk Bandar Dan Naik Taraf Jalan Serta Laluan Pejalan Kaki Di Jalan Ampang (Ampang Boulevard), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Secara Reka Dan Bina) (Pra Kelayakan) | Berdaftar Dengan CIDB Gred G7 Kategori CE Dan ME Pengkhususan CE01 Dan CE21 Dan E11 Dan E16 | Tarikh Tender Dibuka 14 November 2022 (Isnin) Tarikh Tender Ditutup 1 Disember 2022 (Khamis) | 300.00 |
2022/A199 | Cadangan Pemuliharaan Imej Rekabentuk Bandar Dan Naik Taraf Jalan, Laluan Sikal Serta Laluan Pejalan Kaki Di Jalan Raja Laut – Jalan Ipoh – Jalan Tuanku Abdul Rahman, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Secara Reka Dan Bina) (Pra Kelayakan) | Berdaftar Dengan CIDB Gred G7 Kategori CE Dan ME Pengkhususan CE01 Dan CE21 Dan E11 Dan E16 | Tarikh Tender Dibuka 14 November 2022 (Isnin) Tarikh Tender Ditutup 1 Disember 2022 (Khamis) | 300.00 |
2022/A200 | Cadangan Pemuliharaan Imej Rekabentuk Bandar Dan Naik Taraf Laluan Pejalan Kaki Di Sultan Ismail, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Secara Reka Dan Bina) (Pra Kelayakan) | Berdaftar Dengan CIDB Gred G7 Kategori CE Dan ME Pengkhususan CE01 Dan E16 | Tarikh Tender Dibuka 14 November 2022 (Isnin) Tarikh Tender Ditutup 1 Disember 2022 (Khamis) | 300.00 |
2022/A201 | Cadangan Pembangunan Residensi Majlis Di Atas Lot 58199, Jalan Tasik Permaisuri 1, Cheras, Kuala Lumpur (Secara Reka Dan Bina) (Pra Kelayakan) | Berdaftar Dengan CIDB Gred G7 Kategori B Pengkhususan B01 Dan B04 | Tarikh Tender Dibuka 14 November 2022 (Isnin) Tarikh Tender Ditutup 1 Disember 2022 (Khamis) | 300.00 |
2022/A202 | Kerja-Kerja Penyelenggaraan Menyeluruh Lif Berjenama Eita Di Kawasan Perumahan Awam Dan Projek Perumahan Rakyat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun | Berdaftar Dengan CIDB Gred G5 Atau G6 Atau G7 Kategori ME Pengkhususan M03 | Tarikh Taklimat Tapak 22 November 2022 (Selasa) 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Bilik Taklimat Tingkat 3, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah 50300 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 9 Disember 2022 (Jumaat) | 300.00 |
2022/A203 | Perkhidmatan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Untuk Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun | Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 221801 Atau 221802 | Tarikh Taklimat Tapak 22 November 2022 (Selasa) 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari Unit Kebajikan Dan Kaunseling, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 11, Menara Dbkl 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 9 Disember 2022 (Jumaat) | 300.00 |
2022/A204 | Pelantikan Pengurus Harta Berdaftar Bagi Pengurusan Bangunan Dan Melaksanakan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Berkonsepkan Integrated Property Facilities Management (IPFM) Di Kompleks Tun Sambanthan, Brickfields, Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun | Berdaftar Dengan CIDB Gred G4 Kategori F Pengkhususan F01 ATAU Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 221506 DAN Wajib Berdaftar Dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta (LPPEH) | Tarikh Taklimat Tapak 23 November 2022 (Rabu) 9.45Pagi – 10.45 Pagi Aras Bawah Kompleks Tun Sambanthan, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur Tarikh Tender Ditutup 12 Disember 2022 (Isnin) | 300.00 |
- Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.
- Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di dalam portal rasmi eperolehan.dbkl.gov.my
- Dokumen Tender 2022/A202, 2022/A203 dan 2022/A204 boleh dibeli Secara ’Online’ di laman web selepas Sesi Taklimat Tapak.
- Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi 2022/A187, 2022/A188, 2022/A189 dan 2022/A190 adalah DIWAJIBKAN. HANYA PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan hendaklah Diwajibkan membawa salinan sijil seperti berikut:-
i. Sijil Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan oleh CIDB
ii. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB
iii. Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
iv. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia
v. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia
vi. Cop Syarikat (Rubber Stamp)
vii. Kad Pengenalan Penama Didalam Sijil - Petender yang GAGAL mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.
- Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.
- Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.
- Untuk keterangan lanjut sila layari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) dan laman sesawang eperolehan DBKL (eperolehan.dbkl.gov.my).
DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
Tarikh Iklan : 14 November 2022
Laman Sesawang : www.dbkl.gov.my dan eperolehan.dbkl.gov.my
- Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.